suria

“Dua-dua anak daddy lahir hari Jumaat”- Hairul, Hanis timang anak perempuan

Hairul berkongsi beritya gembira dengan kekahiran bayi keduanya.

PELAKON Hanis Zalikha selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Alisa Aisyah pada pukul 5.59 petang, Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya Hairul Azreen di Instagram.Bersama foto dan kapsyen yang dimuat naik, Hairul memberitahu kedua-dua anaknya termasuklah Yusuf Iskandar dilahirkan pada hari Jumaat.

“Assalamualaikum, saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi rasa gembira di bulan Ramadan ini isteri saya selamat melahirkan cahaya mata perempuan Alisa Aisyah, petang tadi.

“Dua-dua anak daddy lahir hari Jumaat. Thank you Mummy Hanis, thank you sayang, thank you bam bam,” tulisnya.

Rata-rata pengikut turut mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya bayi perempuan itu membesar sihat.

“Semoga Alisa sihat dan membesar dengan baik menjadi anak solehah.“Wahh tahniah seronok sangat. Comelnya Alisa Aisyah.

“Tahniah Hairul dan Hanis... Yusuf dah jadi abang sekarang ni,” komen netizen.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan anak sulung Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun.

Artikel Lain