suria

Luahan isteri tak kisah selekeh asalkan anak cantik... Tauke Jambu tinggalkan komen lucu ajak 'shopping'

Kapsyen ditulis Nadia menarik perhatian suaminya Tauke Jambu.

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri sudah pasti berbeza bagi isteri kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi apabila kini bergelar seorang ibu.

Nadia, 30, berkata, persiapan tahun ini tidak seperti dahulu kerana lebih mengutamakan persiapan untuk anak sulungnya yang kini berusia lapan bulan.

"Persiapan raya tahun ini mummy simple je tak siap pun tak apa, janji anak yang penting dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia akui kesilapan, minta henti kecam Tauke Jambu

ARTIKEL BERKAITAN: Gua tau, gua 'bad record' - Tauke kesal dipersalahkan isu keretakan rumah tangga

"Dah ada anak ni lain sikit, apa-apa mummy selekeh pun tak apa tak sempat nak bersiap bermekap pun tak apa janji siapkan anak dulu, susu, pampers makan semua.

Nadia utamakan anak.

"Itulah pengorbanan bila dah menjadi ibu ni, tak apalah mummy tak cantik pun macam orang lain, janji anak mummy cantik!," katanya.

Perkongsiaannya Nadia pada Isnin itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah suaminya Tauke turut meninggalkan komen mencuit hati.

"Macam ni la cara nak saiko suami nak ajak shopping. Yelah Yelah last jom sayang," kata Tauke.

Komen lucu ditinggalkan Tauke mencuit hati netizen.

Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 42, berkahwin dengan Nadia pada 9 Disember 2017.

Pasangan ini dikurniakan anak bernama Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

Pada Januari lalu, rumah tangga pasangan ini pernah dihimpit kontroversi apabila Nadia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah berpisah akibat orang ketiga.

Bagaimanapun, Tauke menyangkal kenyataan tersebut dan menganggap hubungan mereka sedang diuji.

Tauke Jambu, Nadia

Artikel Lain