SEJAK semalam perkongsian pelakon Mas Khan menerusi sebuah video yang memperlihatkan dia bersama seorang rakannya cuba menyelamatkan seekor kucing yang dilanggar sebuah kereta mendapat perhatian netizen. Ramai dalam kalangan netizen mengecam tindakan individu yang melanggar kucing berkenaan sebelum ia meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di klinik veterinar. Mas ketika dihubungi memberitahu dia berkongsi mengenai perkara itu di laman sosialnya kerana berasa cukup terkilan dengan sikap individu tersebut yang disifatkan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan. ARTIKEL BERKAITAN: Tergamaknya manusia! 6 ekor kucing mati diracun buat hati si ayah sebak "Saya boleh faham kalau dia tidak perasan tetapi dia sempat menoleh ke belakang untuk melihat keadaan kucing itu sebelum memecut laju kenderaannya ketika saya menjerit ke arahnya. Doktor di klinik veterinar cuba menyelamatkan kucing tersebut namun gagal. "Kejam, memang kejam. Masih ada manusia tidak berhati perut yang menganggap haiwan seperti kucing tidak ada perasaan, kucing pun rasa sakit!," katanya kepada mStar Online. Perkongsian video tersebut di Instagram miliknya, @maskhan_ sehingga kini mendapat tontonan lebih 100,000 manakala di mStar video yang diulang siar itu mendapat 125,000 tontonan. Mas berkata, ketika itu dia sedang memandu motosikal di kawasan Kota Damansara sebelum ternampak kereta berkenaan membuat pusingan U di kawasan larangan sebelum melanggar kucing tersebut. Menceritakan detik meruntun jiwa itu, Mas berkata, hatinya sebak apabila melihat kucing berwarna putih hitam itu cuba mengesot walaupun kedua-dua kakinya dipercayai patah sambil tercunggap-cunggap. "Berkat bulan Ramadan, saya kebetulan terjumpa rakan saya di kawasan itu dan meminta bantuannya membawa kucing itu ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan. Mas sedih dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak menyayangi haiwan. "Ketika sampai ke klinik saya sudah tidak kisah mengenai kos diperlukan untuk merawatnya janji ia dapat diselamatkan, ia dapat hidup," jelasnya. Bagaimanapun kata Mas, dia reda apabila kucing berkenaan tiba-tiba nazak dan diberikan bantuan pernafasan sebelum meninggal dunia lima minit kemudian. "Jelas kelihatan dia menanggung kesakitan di wajahnya... lima minit doktor memberikan bantuan pernafasan namun kucing itu tetap tidak memberikan respons dan saya minta biarkan ia pergi dengan aman," ujarnya. Sementara itu, tindakan Mas dan rakannya itu mendapat pujian netizen yang menyifatkan mereka berhati mulia. "Saya seorang yang sangat menyayangi haiwan dan saya percaya ramai juga begitu... apabila ia berlaku di hadapan mata saya, ia memang sedih dan buat saya rasa marah," katanya. View this post on Instagram Berlarilah kau sepuasnya di syurga ?. Semoga Allah beri ganjaran berlipat kali ganda kepada @maskhan_ dan rakan yang membantu sehingga ke akhir nyawanya. ?Repost @maskhan_ KEJAM !!!!!!!!Aku sedih dengan manusia yang takda hati perut.. kau dah langgar kucing dan kau SEDAR tapi kau buat bodoh and lari??? Mana hati kau weh? Takda rasa kesian lgsg ke dekat binatang? Aku faham kalau kau tak perasan tapi kau stop siap turun tingkap tengok pastu bila kau nampak aku turun moto asal kau tekan minyak lari???? Aku betul2 kecewa dengan sikap manusia macam kau ni.. anyway, im so sorry i’ve done my part ?? RIP baby girl ? #mstarkongsi #mstarQ A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on May 27, 2019 at 7:02am PDT