suria

“Bulan baik tak perlu dengki, cuci hati kotor tu”- Hanez Suraya sedar ada pihak mahu jatuhkannya

Hanez Suraya kecewa ada yang busuk hati dengannya dalam bidang perniagaan.

PELAKON Hanez Suraya kecewa apabila menyedari terdapat individu dikenali cuba menjatuhkan perniagaan yang baru diceburinya.

Menurut Hanez, 34, individu tersebut sepatutnya bersaing secara sihat dan tidak ada perasaan dengki serta iri hati dengan rakan perniagaan lain.

"Kita tak perlu busuk hati sampai menjatuhkan orang lain sebab orang tu nak mencari rezeki halal.

"Awak pun berbisnes juga tentu awak tahu susah senang macam mana nak puaskan hati orang kan. Jadi kita cari rezeki, sama-samalah kita bersikap positif.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun memujuk akhirnya suami izinkan Hanez Suraya berlakon

Luahan Hanez di Instagram.

"Jangan ada negatif dalam diri, hidup ini tak kemana kalau sentiasa negatif, lagi-lagi bulan yang baik ini, cucilah hati yang sentiasa kotor tu," katanya.

Hanez menulis luahan perasaan itu menerusi InstaStory pada Selasa.

Pelakon drama Love Your Mr. Arrogant ini kini baharu sahaja menceburkan diri dalam bidang perniagaan kosmetik pewarna bibir, Cake Pop yang baru dilancarkan pada 1 Mei lalu.

Sementara itu, aktres yang kini hamil tujuh bulan ini berkata, niatnya berkecimpung dalam bidang perniagaan adalah untuk mencari rezeki halal.

Hanez bersama suami Romie Razin Adilha Abd Rais dan anak sulung Puteri Aleesya.

Malah, dia percaya rezeki akan datang jika mereka sentiasa bersyukur dan ikhlas dalam melakukan pekerjaan tersebut.

"Kita mencari rezeki tak kira di mana-mana sahaja janji halal... barang murah ke mahal ke yang penting orang suka, orang beli dan orang sentiasa sokong. Kita bersyukur rezeki ada di mana-mana.

"Saya lebih suka turun jaga booth sama-sama staf kerana sekurang-kurangnya saya tahu susahnya cari rezeki. Saya puas walaupun dan 34 minggu tetap gigih ya, apapun saya bersyukur," ujarnya.

Hanez Suraya

Artikel Lain