suria

Dahlan Zainuddin meninggal dunia

Dahlan meninggal dunia pada usia 78 tahun.

PENYANYI veteran, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, meninggal dunia selepas empat hari berada dalam keadaan koma kerana serangan angin ahmar sejak Sabtu lalu.

Isterinya, Datin Effa Rizan yang mengesahkan mengenai berita sedih itu berkata arwah meninggal dunia kira-kira pukul 9.48 malam, Selasa.

Penyanyi lagu Kisah Seorang Biduan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Rabu, selepas solat Zohor.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave ketika menziarahi Dahlan.

Sebelum itu jenazah dijadulkan akan dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar untuk dimandikan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang cahaya mata iaitu Natasha Idha, Mohd Danial dan Nur Athinia Ines.

Pada Sabtu lalu Dahlan diserang strok buat kali kedua di bahagian kanan ketika menanti waktu berbuka puasa.

Dahlan memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi selepas memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik dalam pertandingan Bintang RTM pada 1975.

Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978.

Dahlan Zainuddin

Artikel Lain