suria

Jadual padat, Indah Ruhaila tetap cari masa solat Tarawih

Indah sempat meluangkan masa untuk solat tarawih di masjid pada hari pertama sehingga keempat Ramadan.Foto: @nazreen.amran @mhaakim_

PENYANYI Indah Ruhaila memberitahu sepanjang bulan Ramadan ini dia hanya bekerja dan sibuk mempromosikan lagu terbaharunya, Pudar.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhaila Hussien, 32, berkata dia bagaimanapun berkesempatan menunaikan solat Tarawih pada malam pertama hingga keempat Ramadan.

"Sepanjang bulan Ramadan ini saya memang sibuk mempromosikan lagu Pudar dan boleh dikatakan jadual saya sudah penuh dengan promosi ke stesen TV serta radio.

Indah sibuk mempromosikan lagu Pudar sepanjang Ramadan.

"Tapi dalam satu minggu tu, saya dapat juga berehat dalam sehari dan Alhamdulillah, dalam keadaan sibuk saya sempat juga solat Tarawih di masjid pada malam pertama hingga keempat.

"Saya tetap akan cuba juga ambil masa untuk solat Tarawih di rumah," kata Indah kepada mstar.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amylea Azizan ini menjadi lagu tema untuk drama bersiri Nur 2 lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.

Indah gembira lagu terbaharunya mendapat sambutan.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 2013 ini meluahkan perasaan gembira apabila lagu terbaharunya itu memberi impak yang baik.

"Semua orang masih ingat saya menerusi lagu Percayalah dan saya juga akui percubaan selepas itu kurang mendapat perhatian.

"Ada juga single yang menjadi sebutan seperti Semua Untuk Cinta tetapi impaknya tidak sama seperti Percayalah.

"Alhamdulillah, lagu Pudar seakan memberikan semangat baru dan saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Amylea yang sangat berbakat," ujarnya.

Indah Ruhaila

Artikel Lain