BEKAS isteri kepada pemuzik Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid iaitu Intan Liana Saleh meluahkan rasa terharu melihat hubungan baik yang terjalin diantara selebriti media sosial, Farah Lee bersama bekas suaminya yang juga merupakan pengacara terkenal, Ally Iskandar. Intan, 33, bagaimanapun menjelaskan apa yang cuba disampaikan itu tidak bermaksud dia sudah memaafkan dan bersedia untuk berbaik dengan bekas suaminya. "Kenapa saya rasa sedih, menangis bila tengok Insta story @farahlee! "Omma masih berbaik dengan bekas suami. Masih boleh bergambar, ambil video... gembiranya. Saya suka sangat tengok! Love you Omma... "Eh, sekejap. Bukan la saya cakap saya pun nak ambil gambar dan berbaik dengan bekas suami. Nanti ada orang cakap saya gila talak pula," katanya. Farah Lee dan anaknya, Maream pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. ARTIKEL BERKAITAN: “Beza orang terpelajar, tahu pentingnya emosi anak” - Ally Iskandar dan Farah Lee buktikan hubungan tak berakhir selepas cerai ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah Bakal ‘Hilang’ Suami, Intan Liana Dapat Tawaran Model Muslimah Intan Saleh atau lebih menggelarkan dirinya sebagai bonda itu membuat perkongsian itu Instastory miliknya pada Rabu. Terdahulu, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli menerusi Instagramnya berkongsi momen berbuka puasa bersama bekas suaminya ketika pulang ke Malaysia sambil bertukar-tukar hadiah. Video berkenaan mendapat perhatian ramai yang sebak melihat Maream berada dalam dakapan Ally. Tambah Intan, hubungan profesional seperti itu demi membesarkan anak adalah penting agar tidak wujud sifat benci atau pengaruh negatif sambil meletakkan tanda pagar #demianakokjekan. Bagaimanapun, Intan berkata, apa yang dilalui oleh Farah dan Ally berbeza dengan perjalanan rumah tangganya yang berakhir disebabkan orang ketiga. Antara kenyataan dimuat naik Intan Liana. "Saya hanya suka tengok cara mereka, profesional... Lain orang, lain kes, perangai, pendapat dan situasi. "Bukan apa kalau macam tu anak kita pun tak rasa lain dan tiada negative vibes, betul tak?" katanya. Dalam pada itu, Intan mengakui masih belum dapat memaafkan perbuatan Ude menceraikan dirinya disebabkan wanita lain. "Kita ni perempuan cepat sangat memaafkan. Kamu setuju tak? Tapi bonda belum lagi. "Macam bonda cakap, lain kes. Tapi kalau kes orang ketiga ni payah sedikit," katanya. Intan pernah berkahwin dengan Ude pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan Ude dan Intan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun. Rumah tangga pasangan ini mula berantakkan apabila Ude mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2018 secara tertutup.