TAHUN pertama menyambut Ramadan selepas bergelar duda, pelakon Rashidi Ishak mengakui melalui satu perasaan yang berbeza. Bagaimanapun, Rashidi berkata, ia bukan sesuatu yang sukar, malah sudah pun menyesuaikan diri dengan keadaan itu. “Sudah tentu suasana dan perasaan menyambut Ramadan kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana sekarang saya hidup sendirian. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan Imam yang baik” - Rashidi Ishak mengaku sudah bercerai dengan Vanidah Imran ARTIKEL BERKAITAN: Rashidi alami kemurungan, ada sebab rahsiakan perceraian 7 bulan “Cuma sebelum berkahwin pun saya pernah merasa hidup sendirian juga. Rashidi bersama anak-anak. "Jadi saya rasa ia seperti saya kembali pada kehidupan saya sebelum berkahwin," ujarnya kepada mStar. Menurut pelakon filem BU ini lagi, jadualnya yang padat sebagai pelakon dan usahawan membuatkan dia sukar mencari masa untuk bersama anak-anak. “Sepanjang bulan puasa ini saya sibuk dengan rutin harian dan bisnes minyak wangi dan juga produk penjagaan kulit. Ia sudah memasuki bulan ketiga dan Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan. "Vee (Vanidah) juga sibuk dengan aktiviti dia dan anak-anak pula tinggal dengan Vee. “Saya sendiri berpeluang berbuka puasa dengan anak-anak baru dua kali. Insyallah selepas ini saya akan cari masa untuk kami berbuka sekali,” katanya. Rashidi bersama bekas isteri, Vanidah Imran. Pada Mac lalu, Rashidi mengumumkan sudah bercerai dengan Vanidah Imran pada 9 Ogos tahun lalu atas alasan dirinya bukan imam yang baik. Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000. Hasil perkongsian hidup selama 17 tahun pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15.