suria

“Bajet duit raya kena potong tahun ni!” - Altimet sambut Syawal di Singapura

Altimet seronok beraya di kampung halaman Singapura.

HARI Raya Aidilfitri disambut meriah di seluruh negara dan umat Islam mengambil kesempatan mengunjungi sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu.

Bagi penyanyi Altimet pula, dia akan pulang meraikan Syawal di negara kelahiran kedua-dua neneknya iaitu Singapura.

"Memandangkan Singapura negara kecil sahaja, jadi lebih senang beraya dan berjumpa saudara-mara kerana mereka tinggal di lokasi yang berdekatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa tak percaya, terkejut dan terharu!”- Karya Altimet jadi bahan kajian pelajar

ARTIKEL BERKAITAN: “Hujung minggu bersama keluarga, maghrib sudah di rumah” - Altimet jalani kehidupan selepas bersara

"Orang kata tak perlu nak jalan jauh atau bersesak dalam trafik, dalam masa satu hari boleh selesai beraya.

Altimet jadikan hari raya sebagai peluang mengunjungi saudara-mara.

"Rasanya tak banyak beza antara raya di Singapura dan Malaysia, kemeriahan tetap sama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Amboi ini memberitahu masih mengamalkan pemberian duit raya kepada tetamu terutamanya kanak-kanak dan warga emas.

Bagaimanapun, Altimet berkata tahun ini dia terpaksa mengurangkan peruntukan duit raya berikutan kadar tukaran wang ringgit Malaysia ke dolar Singapura agak tinggi.

Pada Ramadan lalu, Altimet menyertai misi bantuan pelarian Syria.

"Duit raya tetap akan diberikan kepada mereka, tahun ini saya kena bekerja keras sikit memandangkan duit raya diberikan dalam mata wang dolar.

"Dulu kadar tukaran rendah tapi sekarang dah tinggi, nampaknya ada yang kena 'potong' duit raya tahun ini.

"Cumanya untuk warga tua macam nenek dan ibu duit raya tetap sama sebabnya mereka tak bekerja dan lebih memerlukan duit," katanya yang beraya di Singapura selama 10 hari.

Altimet

Artikel Lain