suria

“Mungkin itu yang terbaik buat masa ini” - Enam tahun berkahwin Alyah reda belum dikurniakan zuriat

Alyah akan jawab soalan biarpun mengores hatinya.

PENYANYI Datin Alyah memberitahu dia sudah lali dengan berkaitan kehadiran zuriat selepas enam tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS.

Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 38, dia menganggap kurniaan rezeki itu hanya diketahui oleh Allah taala.

"Bila orang tanya mengenai zuriat, saya akan jawab Allah sebaik perancang. Kita nak sesuatu tu tapi dia belum bagi mungkin perkara itu yang terbaik buat kita ketika ini.

"Dah enam tahun saya kahwin, saya dah macam biasa sahaja bila orang tanya fasal anak. 

"Tapi ia banyak mengajar saya untuk belajar menghadapi keadaan. Awak nak atau tak nak, awak kena duduk juga hadap benda tu. Sebab itu kalau orang tanya apa-apa, saya okey, tak lari dan tak marah," ujarnya kepada mStar.

Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

ARTIKEL BERKAITAN: Selama ini Alyah pura-pura bahagia, minta netizen jadi isteri Ramli MS sehari


Alyah akan menjawab semua soalan yang melibatkan kerjaya atau kehidupan peribadi.

Dalam pada itu, Alyah berkata dia tidak pernah melarikan diri atau mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaan melibatkan kerjaya seni mahupun kehidupan peribadinya.

Kata Alyah, sepanjang hampir 20 tahun berada dalam industri muzik, dia akan tetap menjawab soalan-soalan yang kadang-kala boleh melukakan hatinya.

"Saya tak pernah mengelak bila orang tanya apa-apa sebab sejujurnya saya bukan jenis orang yang suka macam tu dan saya boleh saja jawab semua soalan.

"Sejak hampir 20 tahun dalam industri muzik, saya tak pernah lari daripada menjawab soalan walaupun orang nak kutuk atau tanya soalan yang boleh mengores hati.

Alyah kini berada di kampungnya, Gelang Patah, Johor sejak Ahad lalu untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarganya.

Alyah tidak kisah ditanya soal zuriat.


Datin Alyah, Datuk Ramli MS

Artikel Lain