suria

Uyaina akui bidang lakonan bukan mudah,“Tak boleh off emosi sedih sampai balik”

Uyaina mengakui sering terbawa-bawa dan gagal mengawal emosi

PENGACARA Uyaina Arshad yang kini sedang mencuba bidang lakonan mengakui ia bukan sesuatu yang mudah seperti difikirkan.

Uyaina yang turut terlibat dalam drama Curi-Curi Cinta ini berkata, dia sering terbawa-bawa watak dilakonkan di luar sehingga membuatkan dia sukar untuk mengawal emosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina disahkan sakit jantung, ulas foto kurang sopan ketika tonton konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Hidap komplikasi jantung, Uyaina batal percutian ke Austria

“Apabila saya dapat tawaran berlakon dalam Curi-Curi Cinta dan memegang watak kedua selepas Zahirah dan Aiman, baharu saya tahu susahnya berlakon ni.

“Watak Iza tu sangat berat untuk dibawa kerana banyak babak yang memerlukan saya untuk menangis. Terlalu banyak menangis sampai balik rumah terbawa-bawa kesedihan tu.

“Kalau pelakon yang sudah berpengalaman mungkin mereka lebih profesional. Macam saya, untuk on dan off kesedihan tu tak boleh lagi,” katanya kepada mStar.


Uyaina memegang watak sebagai Iza menerusi drama Curi-Curi Cinta.

Tambah pelakon campuran Arab ini lagi, usaha yang dilakukan demi menjayakan sesuatu watak itu membantu bagi mendapatkan kualiti dalam lakonan.

Untuk itu, Uyaina berkata dia terpaksa mengambil kelas lakonan bersama pelakon lagenda tanah air iaitu, Fauziah Nawi.

“Berbeza dengan watak-watak yang saya pernah lakonkan sebelum ini, ianya sangat sukar. Saya tak boleh nak jadi diri sendiri.

“Asyik menangis sampai nak berhenti jadi susah. Mujur di set pengambaran ini ada pelakon-pelakon lama macam Fauziah Nawi, Mak Engku, Laila Nasir. Mereka ini yang banyak membantu.

“Sebagai usaha untuk membina karakter ini, saya terpaksa ambil kelas bersama ibu (Fauziah Nawi) dan sudah tiga sesi menjalani kelas lakonan bersamanya,” katanya.

Uyaina terpaksa mengambil kelas lakonan bersama Fauziah Nawi.

Uyaina Arshad, Curi-Curi Cinta

Artikel Lain