suria

“24 tahun balik kampung, kali ini beraya di KL” - Nelydia Senrose luah perasaan sedih dan rindu, sambutan berbeza selepas bergelar isteri

Nelydia rindu nak beraya bersama keluarganya di kampung.

PELAKON Nelydia Senrose mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sangat berbeza memandangkan dia kini sudah bergelar isteri.

Menurut Nelydia, 25, dia berasa sedih dan rindu apabila buat pertama kali tidak dapat pulang ke kampung serta beraya bersama keluarganya.

"Semua orang keluar beraya hari ini sebab esok dah mula bekerja. Rindu sangat pada keluarga saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doa berkahwin tahun ini termakbul, Nelydia bawa suami tunai Umrah

Nelydia sempat meluangkan masa bersama keluarganya pada hari raya pertama.

"24 tahun balik kampung dan beraya dengan mama dan adik-beradik saya tapi tahun ini berbeza, terasa sangat lainnya. Rindu sedih semua ada," kata Nelydia.

Pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini meluahkan perasaannya menerusi laman Instagram pada Ahad.

Namun menerusi perkongsian Nelydia di laman sosial, dia berpeluang meluangkan masa beraya bersama keluarganya pada hari raya pertama, Rabu lalu.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini memberitahu luahan tersebut bukan ingin mengadu namun ia sekadar pengkongsian sahaja.

Nelydia bersama suaminya.

Pelakon drama Cinta Tiada Ganti ini juga menganggap sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur sangat meriah dan ia merupakan pengalaman baharu buatnya.

"Bukan nak mengadu tapi sekadar berkongsi. Pengalaman baru untuk saya tahun ini dan sejujurnya raya di KL pun sangat meriah okey!" ujarnya.

Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, pada 6 April lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Nelydia Senrose

Artikel Lain