suria

“Beruang bukan kucing kurap!” - Maya tak setuju, Sharnaaz pula bersangka baik niat Zarith Sofia simpan beruang matahari

ISU anak beruang matahari yang ditemui di sebuah kondo milik penyanyi wanita iaitu Zarith Sofia pada Khamis lalu menjadi tumpuan ramai termasuk pelakon Sharnaaz Ahmad dan  Maya Karin.

Pelakon drama Bukan Cinta Kristal ini menerusi Insta story miliknya meminta netizen untuk bersangka baik terhadap niat wanita berkenaan yang mungkin mahu merawat haiwan tersebut.

"Cuba bersangka baik bab beruang matahari tu. Mana tahu hati dia mulia tolong rawat dan jaga sementara.

"Jangan cepat sangat lompat si katak lompat dalam menilai orang, kawan.

"Kemuliaan orang kita tak cari, keburukan kita jangan ditanya kenapa Allah tak lindung. Fikir..," ujar Sharnaaz.

Sharnaaz meminta netizen berfikiran positif tentang isu anak beruang matahari.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bagi Bruno makan sedap-sedap… makan coklat” - Zarith Sofia rancang hantar anak beruang ke zoo selepas sihat

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak bela beruang!” - Ara Johari terkilan disangka penyanyi wanita simpan beruang dalam kond

Bagaimanapun, pelakon Maya Karin pula mempersoalkan tindakan wanita itu membawa balik anak beruang berkenaan ke rumahnya.

Cuba bersangka baik bab beruang matahari tu. Mana tahu hati dia mulia tolong rawat dan jaga sementara

SHARNAAZ AHMAD

Menurut Maya, Pia sepatutnya menghantar anak beruang itu ke klinik haiwan sekiranya mempunyai niat yang ikhlas untuk menyelamatkan haiwan liar itu.

Antara respon Maya berhubung isu anak beruang matahari.

"Tidak saya tak fikir begitu...

"Kalau jumpa beruang tepi jalan nak selamatkan penuh ikhlas, sekurang-kurangnya kita akan bawa ke vetarinar yang akan buat laporan.

"Beruang... bukan kucing kurap boleh jaga dengan nasi, ikan seumur hidup," katanya.

Sebelum ini, berita mengenai penahan Zarith Sofia atau lebih dikenali sebagai Pia menjadi perhatian ramai hingga mengaitkan nama penyanyi Ara Johari.

Zarith Sofia ditahan di kondominium di Desa Pandan Kuala Lumpur selepas wanita itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu dan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran.

Beruang matahari, Sharnaaz Ahmad

Artikel Lain