suria

Shuib bawa anak, isteri ke rumah kayu tempat dia membesar, “Dulu tangkap belut buat belanja sekolah”

Shuib mengimbau kenangan dibesarkan di sebuah rumah kayu.

DALAM kesenangan hidup yang dimilikinya kini, pelawak Shuib tidak pernah melupakan asal-usulnya sebelum mencipta nama melalui program realiti Raja Lawak 2009.

Shuib menerusi sebuah posting di Instagram miliknya mengimbau kenangan susah dan senang kehidupannya ketika membesar di sebuah rumah kayu suatu masa dahulu.

Menurutnya, dia pernah menerima belanja sekolah sebanyak 50 sen dan terpaksa menangkap belut untuk dijual sebagai menambah belanja sekolah.

"Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, inilah rumah saya dibesarkan.

"Air diambil setiap petang pakai baldi, mandi dekat parit, tandas di luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita, motor tiada yang ada cuma basikal, belanja sekolah 50 sen, Sabtu dan Ahad tangkap belut buat tambah-tambah duit sekolah," katanya.

Shuib kini menjalani kehidupan yang lebih baik selepas menyertai program realiti Raya Lawak 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jujur dikata dayus, yang menipu pula berani” - Siti Sarah pelik suami dituduh dayus kerana minta izin beli motor

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tiada Siti Sarah, Shuib tak pasti hala tuju hidup

Bagaimanapun katanya, kesusahan menjalani kehidupan sebelum ini banyak mengajarnya untuk mensyukuri nikmat yang dimilikinya kini.

"Tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar. Belajar erti susah sebenar, belajar menghargai setiap apa yang ada, belajar bersyukur dengan nikmat Allah.

"Semoga anak-anak dan isteri menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah.

"Bersedia dengan setiap ujian Allah, susah juga ujian, senang juga ujian," katanya.

Sementara itu, catatan Shuib itu mendapat perhatian ramai termasuk selebriti seperti Elizad Sharifuddin dan Fiza Halim yang berbangga dengan sikap rendah diri pelawak itu.

Shuib, Siti Sarah

Artikel Lain