suria

Peminat bertuah dapat duit raya daripada Aznil di 'live' Instagram

Paknil memberikan duit raya kepada peminatnya di laman Instagram.

PENGACARA terkenal Datuk Aznil Nawawi membuat kejutan kepada peminat yang menonton penstriman secara langsung di Instagram apabila tiba-tiba mengumumkan pemberian duit raya sacara rawak kepada mereka.

Aznil atau lebih mesra disapa Paknil meminta peminatnya meletakkan maklumat akaun bank mereka dan dipilih secara rawak untuk menerima duit raya berkenaan.

"Masa #Paknil buat live tadi ramai pula yang mintak duit raya.

"Jadi Paknil cakap siapa yang letak nombor akaun, nama dan nama bank, Paknil akan pilih lima orang secara rawak.

"Mana yang sempat Paknil screen capture. Alhamdulillah... yang bertuah adalah @kenzo_official78 @mustaqimrahim_ @sofi_aljufri @maznor_idzhan @eaglemotardgeneration_," katanya.

Sikap murah hati Paknil dipuji peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang hati terluka, sebab itulah Aznil tidak kongsi gambar anaknya

ARTIKEL BERKAITAN: Aznil lepaskan jawatan di Astro, tolak khabar angin ambil VSS

Perkongsian itu dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Menerusi paparan skrin berkenaan, Paknil memberikan duit raya sebanyak RM50 kepada setiap pengikutnya yang bertuah.

Dalam pada itu, Paknil turut mengumumkan pemberian duit raya itu akan diteruskan menerusi live Instagram seterusnya.

"Yang lain, nantikan bila-bila Paknil live dekat Instagram lagi okey! Selamat Hari Raya," ujarnya.

Sementara itu, rata-rata pengikutmya memuji sikap Aznil yang bermurah hati menggembirakan pengikut-pengikutnya dengan pemberian duit raya berkenaan.

Malah ada yang memuji sikap pemurah Paknil sebagai selebriti itu wajar dicontohi artis lain.

"Walaupun saya tak dapat, saya tetap berterima kasih dengan Paknil kerana Paknil meraikan pengikutnya

"Ada banyak selebriti yang terkenal, tolonglah raikan peminat dan pengikut kalian.

"Balas komen pun sudah memadai," tulisnya.

Paknil, duit raya

Artikel Lain