suria

Seminggu sebelum raya, Yatt Hamzah disahkan hamil anak keempat

Yatt Hamzah sedang hamil anak keempat. foto Instagram @yatthamzah_suci

PELAKON Yatt Hamzah mengumumkan berita gembira apabila dia kini hamil anak keempat dan kandungannya memasuki usia 12 minggu.

Yatt, 38, berkata berita kehamilannya itu diketahui seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

"Bismillahirrahmannirahim... Sempena mengambil keberkatan Syawal, bonda (Yatt) ingin kongsikan berita baik ini dengan semua sahabat dan pengikut, bonda kini hamil anak keempat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tonton blue film hukumnya haram” - Yatt Hamzah kesal suami layan video lucah ketika isteri hamil

"Alhamdulillah, minggu terakhir puasa baru sempat ke klinik untuk confirmkan. Alhamdulillah rezeki Ramadan. Kandungan kini berusia 12 minggu lebih," katanya.

Yatt berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram pada Isnin.

Yatt berkongsi berita gembira di Instagram.

Dalam pada itu, pemilik nama Haryati Hamzah ini turut memohon supaya diberikan kekuatan dan bayi dikandung itu membesar sihat.

"Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat dan kuat ya.

"Aameen Ya Rabb... Okay sekarang bonda nervous nak tambah satu lagi ni.. Moga Allah permudahkan," ujarnya.

Perkongsian Yatt di laman tersebut menerima lebih 2,000 tanda suka dan komen daripada pengikut yang turut mendoakan kesejahteraannya.

Terdahulu, Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

Yatt Hamzah

Artikel Lain