suria

“Perempuan sekarang dah hilang malu” - Syatilla Melvin dikecam gara-gara foto berbaur lucah

Kapsyen dan foto yang dimuat naik Syatilla mengundang kecaman netizen.

TINDAKAN pelakon Syatilla Melvin memuat naik gambar berbaur lucah dengan memegang buah dada adiknya iaitu Syifa Melvin mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan memalukan yang dilakukan seseorang dengan imej bertudung dan beragama Islam lebih-lebih lagi pada bulan mulia Syawal.

Lebih menarik perhatian netizen apabila kapsyen yang ditulis isteri kepada pelakon Shaheizy Sam pada gambar itu yang dianggap tidak senonoh dan menjijikkan.

"Wei @syifamelvin hang seronok ka orang duk kutey buah anggur hang?

"Hmm budak-budak sekarang...," katanya.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin hamil anak kedua selepas gugur Julai lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Sarima Samheizy nama anak perempuan Shaheizy Sam, Syatilla

Syatilla memuat naik catatan berserta foto bersama beberapa adik perempuannya di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Sehingga kini postingnya itu menerima lebih 100,000 tanda suka dan lebih 1,200 komen.

Segelintir netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai kurang sopan dan mungkin akan diikuti oleh orang lain.

"Perempuan akhir zaman sekarang sungguh sudah hilang perasaan malu.

"Lepas ni ramai jadikan ikutan, anda akan dapat saham sama," ujar netizen.

Dalam pada itu, adik Syatilla iaitu Syifa dilihat meninggalkan komen pada ruangan gambar terbabit.

"Awat haram sangat perangai, aku habaq mak," tulisnya.

Syatilla Melvil, Syifa Melvin

Artikel Lain