suria

“Berhenti hantar mesej, meroyan sana-sini” - Linda Rafar bengang akaun palsu ganggu ulasan produk

Linda Rafar minta pemilik akaun palsu itu henti menghantar mesej peribadi mengutuk ulasan produknya. Foto Instagram @lindarafar

PENYANYI Linda Rafar meminta individu yang berselindung di sebalik akaun palsu menghentikan komen kutukan pada ulasan produk yang dilakukannya di Instagram.

Menurut Linda, 41, dia menyedari terdapat akaun yang kerap menghantar mesej peribadi dan mengutuk setiap ulasan produk sehingga membuatkan dia rimas dan kurang senang.

"Assalamualaikum... to fake account stop sending me message, meroyan sana-sini. Tak puas hati sangat sampai apa yang Linda reviu semua dia kutuk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau saya rasa berbaloi, barulah kongsi” - Linda Rafar

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Rafar tuntut doktor bayar RM4 juta kerana dakwaan guna Facebook sebar fitnah

"Tolonglah kita kena hormat apa saja barang dan makanan yang kita reviu dan tolong hormat kasihan peniaga-peniaga yang nak cari rezeki.

"Sanggup guna akaun palsu untuk kutuk semua pakaian, makanan dan produk yang Linda reviu," katanya.

Luahan Linda mengenai akaun palsu di Instagram.

Linda berkongsi mengenai perkara itu di Instagram pada Sabtu.

Dalam pada itu, Linda berkata dia mengenali individu di sebalik akaun tersebut dan bersedia untuk bersemuka.

Dia turut berharap individu tersebut menghentikan penggunaan akaun palsu semata-mata untuk mengutuk reviu produk yang dilakukan.

Linda sering membuat ulasan produk di Instagram.

"Tak puas hati sangat tak payah guna akaun palsu, meh la jumpa... bukannya tak boleh periksa siapa belakang akaun ni.

"Tunggu... Allah tak tidur jika betul jujur jom jumpa tak payah guna akaun palsu kerana saya tahu siapa anda!," ujarnya.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pandangan Linda itu dan menyelar tindakan individu yang menggunakan media sosial untuk menjatuhkan perniagaan orang lain.

"Ya Allah jahatnya orang tu, macam dah tak ada kerja lain ya! Ni mesti jenis pemalas nk majukan diri. Lepas tu guna cara lain dengan menjatuhkan orang pula.

"Sebenarnya mereka ini jangan di layan, mereka sakit, mental hati dan jiwa, jadi jangan ikut baca apa mereka buat," komen netizen.

Linda Rafar

Artikel Lain