suria

“Nak suruh pakai bikini?” - Netizen nasihat Ruhainies jangan layan ‘toksik’ cepat ‘menggelupur’

Pakaian Ruhainies dikritik oleh seorang pengguna Twitter.

PENAMPILAN pelakon Ruhainies semasa menghadiri pelancaran sebuah produk kosmetik jenama antarabangsa di Bangkok, Thailand, baru-baru ini mengundang perbalahan netizen di laman Twitter.

Ia berikutan blouse dan seluar panjang berwarna hitam digayakan Ruhainies dikatakan kurang sesuai dengan acara yang menghimpunkan ramai selebriti dari seluruh Asia.

Perbalahan itu tercetus selepas seorang pengguna memuat naik status mempersoalkan fesyen Ruhainies selain membandingkan dengan dua lagi selebriti Malaysia yang turut diundang iaitu Kilafairy dan Amelia Henderson.

Ada yang mempersoalkan pemakaian Ruhainies.

"Mereka buat keputusan baik dengan hantar Kilafairy dan Amelia ke Bangkok tapi Ruhainies? Betul ke pakaian tu?," soal wanita tersebut.

Menyedari fesyennya menjadi bahan ketawa, Ruhainies membalas twit berkenaan dan memberitahu pakaian yang digayakan bersesuaian dengan sebarang acara.

"Anda harapkan saya pakai apa? Bikini?.

"Saya fikir boleh pakai apa sahaja yang saya mahu dan saya selesa sebab baju itu sesuai untuk sebarang majlis. Mereka suka pakaian saya pada malam itu!

Ada yang membandingkan pakaian Ruhainies dengan selebriti lain.

"Mungkin kita mempunyai pandangan tersendiri (jadi) biar saya tentukan apa yang perlu dipakai dan anda juga boleh menentukan apa yang anda suka pakai. No hate!," jawab Ruhainies.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Lemon Madu ini meminta wanita tersebut berfikir dahulu sebelum bercakap sesuatu perkara yang hanya akan menyakitkan hati orang lain.

Ujarnya, pandangan sedemikian hanya akan membuka ruang kepada lebih banyak komen negatif.

Dari kiri; Ruhainies, Kilafairy dan Amelia diundang ke acara produk kosmetik tersebut.

"Saya manusia biasa dan ada perasaan, jangan buat keseronokkan atas orang lain. Sekiranya anda tidak menyukainya, simpanlah pada diri anda sendiri.

"Sebab (kata-kata) anda itu hanya akan memberi ruang untuk orang lain meninggalkan komen negatif. Selamat hari raya," katanya.

Bagaimanapun, rata-rata pengikutnya di laman tersebut menyatakan sokongan kepada Ruhainies dan meminta dia mengabaikan komen sedemikian.

Komen pengikut yang meminta Ruhainies mengabaikan pandangan wanita berkenaan.

"Saya harap Ruhainies abaikan orang toksik macam ni. Dia jealous tu penganjur tak jemput dia.

"Saya tak faham kenapa dia perlu nak perli Ruhainies, jangan layan sangat perempuan ni dan tolong jaga mulut awak tu!

"Ada juga yang jenis menggelupur tengok orang tak berbikini. Lol. This girl is really something," komen pengguna Twitter.

Foto asal yang dikongsi wanita berkenaan telah dimuat naik di laman Instagram @tartecosmetics pada Rabu dan menerima hampir 20,000 tanda suka.

Ruhainies

Artikel Lain