suria

Umie, Erra saling berpelukan... “Semua salahkan aku sebab tak maafkan dia”

Umie dan Erra akhirnya menemui titik noktah. FOTO: UTUSAN.


PERSENGKETAAN antara aktres Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-duanya bersemuka bagi menjernihkan keadaan.

Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, yang enggan bermasam muka dengan Erra mengakui kini sudah berbaik semula selain turut meminta netizen agar tidak bercakap mengenai hal ini.

"Semua salahkan aku kerana tak maafkan dia (Erra). Ya Allah.

"Sekian terima kasih dan harap netizen tak bercakap isu ini lagi.

Antara catatan Umie di Insta story miliknya.

"Semoga kita semua di dalam rahmatNya. Amin," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mohon maaf Umie...” - Erra Fazira mengaku buat salah kali ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: “Kepercayaan musnah, aku dah penat jadi bodoh” - Umie Aida! Erra pula minta netizen henti berbalah

Umie berkongsi mengenai hal itu menerusi video bertarikh 14 Jun 2019 yang memaparkan kedua-dua mereka saling berpelukan.

Sementara itu, semakan mStar di laman sosial kedua-dua pelakon ini juga mendapati mereka menutup ruangan komen masing-masing.

Umie memadam luahan selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Pada Khamis lalu, Umie menerusi laman Instagramnya mendedahkan dirinya dikhianati seorang sahabat baik.

Menerusi catatannya itu, Umir berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.

Susulan itu, Erra mengakui kesilapannya melukai sahabatnya itu telah memohon maaf buat kali ketiga.

Erra turut memberitahu Umie pernah menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka.

Umie Aida, Erra Fazira

Artikel Lain