suria

Fatin Afeefa serik kahwin lagi, tak suka 'terikat'... “Saya tak fikir anak-anak perlu kasih sayang ayah”

Fatin Afeefa selesa dengan kehidupan sebagai ibu tunggal sambil membesarkan dua anaknya.

KEGAGALAN rumah tangga yang dibina bersama pelakon Adam Shahz menjadikan aktres Fatin Afeefa serik untuk membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki dalam masa terdekat.

Malah Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 25, berkata dia juga tidak mahu terikat dengan apa-apa komitmen.

"Saya tidak lagi mempercayai perkahwinan. Saya dah ada dua orang anak, untuk apa lagi saya nak berkahwin? Anda takkan dapat bayangkan betapa ramainya netizen yang mendesak dan tanya saya untuk kahwin.

"Saya pernah tanya mereka untuk apa mereka suruh saya berkahwin kerana saya tak jumpa sebab kukuh untuk saya mendirikan rumah tangga lagi.

"Saya sangat-sangat selesa dengan kehidupan sekarang kerana sudah tidak perlu stress dengan benda yang saya tak boleh kawal. Sekarang saya boleh hidup happy dengan anak-anak dan pergi ke mana sahaja ikut suka saya. Saya suka dengan kehidupan sekarang dan tak sukakan kehidupan yang terikat," katanya kepada mStar.


Fatin bersama dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Dia ditemui sewaktu majlis pelancaran filem Showtime 1958 dan majlis rumah terbuka di Panggung Seni jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN, Kuala Lumpur.

Fatin dan Adam mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan ada hubungan, Fatin Afeefa sengaja ‘tag’ nama Nazim pada hati

ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah mereka akan anggap saya ibu yang jahat?” - Fatin Afeefa bimbang fitnah beri kesan kepada anak-anak

Selain itu pelakon drama Red Velvet ini juga berkata dia tidak terbeban untuk membesarkan dua anaknya seorang diri.

"Saya akan teruskan kehidupan begini selamanya malah saya tidak rasa terbeban walaupun terpaksa membesarkan anak seorang diri.

"Saya pun tak tahu kalau mengenali lelaki lain, adakah mereka boleh menerima anak saya atau tidak... atau mereka akan menyusahkan saya lagi.

"Daripada saya ambil risiko dan melukakan hati saya lagi, lebih baik tidak," katanya.

Fatin menjelaskan selesa dengan kehidupan solo.

Dalam pada itu, Fatin berkata, rezekinya kini semakin mencurah-curah sejak bercerai dengan bekas suaminya.

"Alhamdulillah, rezeki saya langsung tidak pernah putus sejak bercerai. Kalau setakat kahwin untuk mengharapkan lelaki itu menjaga anak-anak, tak perlulah.

"Saya tidak fikir anak-anak perlukan kasih sayang daripada seorang lelaki kerana dalam tempoh ini saya boleh menjadi kedua-duanya, iaitu ayah dan juga ibu kepada mereka. You dont need other daddy yang boleh sakitkan kepada mummy.

"Saya tak mahu pening kepada dengan baby (suami) yang sudah tua tapi masih peningkan kepada saya," katanya.

Fatin Afeefa

Artikel Lain