suria

Haqiem Rusli sambut 'birthday' seorang diri, tapi bukan 'lonely'... “Inilah masa layan perasaan sendiri”

Haqiem lebih gemar bersendirian pada hari ulang tahun kelahirannya.

TIDAK seperti kebanyakan orang, penyanyi dan komposer muda Haqiem Rusli berkata dia lebih gemar menyambut hari ulang tahun kelahiran secara bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

Kata Haqiem yang meraikan sambutan hari lahir yang ke-21 pada Ahad, perkara itu mula dilakukannya sejak beberapa tahun lalu.

"Saya jenis yang tak suka sambut birthday ramai-ramai, saya suka berseorangan. Perasaan tu sukar dijelaskan, hari tu kita layan diri kita sebab itu adalah birthday kita.

"Masa inilah saya akan layan perasaan sendiri, berborak dengan diri sendiri dalam kereta. Perkara ini nampak pelik tapi inilah cara saya,” kata Haqiem kepada mStar.

Haqiem Rusli dedah ingin bersendirian pada hari lahirnya.

Sebelum itu penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini menulis di instastory bagi menyatakan dia bahawa dia terpaksa menolak pelawaan orang disekeliling yang mahu meraikan hari ulang tahun kelahirannya.

Bagi Haqiem, dia mahu menjadikan hari ulang tahun kelahiran sebagai momen paling istimewa untuk diri sendiri.

“Bukannya lonely, ia cuma terjadi pada birthday saya. Pada hari lain saya lepak je dengan kawan-kawan lain.

“Saya juga akui sering cakap seorang diri dengan mengingatkan diri agar meninggalkan perkara yang tidak sepatutnya saya lakukan. Mungkin orang akan kata ia seakan perkara gila namun itulah cara yang saya lakukan untuk memberi semangat positif kepada diri,” tambah Haqiem.

Haqiem muhasabah diri ketika bersendirian.

Dalam perkembangan lain, Haqiem berkata dia baru sahaja melancarkan single kelapannya berjudul Lembah Kesepian.

Lagu yang yang mengisarkan pengobanan seorang bapa itu juga dilancarkan bersempena sambutan Hari Bapa dan hari lahir Haqiem yang jatuh pada hari sama.

Lembah Kesepian juga bakal menjadi lagu runut bunyi drama 80 episod Puteri Yang Ditukar yang akan mula ditayangkan 9 Julai ini di saluran Astro Prima dan Maya HD.

haqiem rusli

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan