KETERLANJURAN seorang netizen yang seolah-olah mempertikaikan status anak pelawak Abam daripada kumpulan Bocey akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik menerusi satu pertemuan pada Rabu. Berdasarkan foto yang dimuat naik oleh adiknya, pelawak Ali Puteh, Abam dilihat bergambar bersama seorang lelaki dipercayai individu terlibat dalam meninggalkan komen agar melakukan ujian DNA bagi menentukan kesahihan zuriatnya itu. "Perbincangan membawa muafakat, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tak boleh undur," tulis Ali pada kapsyen foto tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia fikir isteri saya mengandung anak orang lain ke?” - Abam Bocey hilang sabar disuruh buat ujian DNA anak Ali bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas lokasi pertemuan mereka. Rata-rata pengikut bersetuju dengan tindakan Abam bersemuka dengan lelaki berkenaan. Ali memuat naik sekeping gambar bersama seorang lelaki yang dipercayai dicari Abam. "Ni ke orang tua yang mulut celupar tu? "Akhirnya jumpa juga. harap-harap lepas ni pakcik tu berubah, fikir dulu sebelum nak komen. "Maaf memaafkan amalan mulia, di bulan mulia ni. Abam tu hatinya lembut tapi baik dijadikan pengajaran supaya orang lain tak buat benda sama," komen netizen di Instagram. Abam ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp turut mengesahkan sudah bertemu individu berkenaan. Pada Sabtu lalu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, mengakui tersinggung dengan komen ditulis pemilik akaun dengan nama Lau Kok Chan itu. Abam bengang dengan komen seorang netizen. Abam berkata dia sedang menyiasat mengenai lelaki berkenaan dan ingin bersemuka bagi mendapatkan penjelasan berhubung komen tersebut. "Saya nak berjumpa dengan lelaki itu dan tanya kenapa dia tinggalkan komen macam itu. "Melalui akaun dia kita boleh kesan siapa pemiliknya cuma buat masa ini belum terfikir tindakan undang-undang," katanya. Pada Jumaat lalu, Abam Bocey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.55 kilogram di Hospital Selayang, Selangor. Mereka berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor