SELEPAS mencetuskan kontroversi tersebarnya foto-foto bertatu, penyanyi Aliff Aziz tampil di laman sosial dengan menganggap segala yang berlaku itu sebagai dugaan daripada Allah. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, berkata dia berharap ujian yang dilalui itu memberi kekuatan dan penyebab dirinya untuk semakin dekat dengan Tuhan. "Terima kasih Allah untuk ujian yang diberikan kepada saya untuk dilalui. Semoga saya kuat mengharungi dan semakin dekat kepadaMu," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz abadi nama Bella di dada, katanya cacah guna inai hitam... bukan dakwat tatu Aliff memuat naik luahan tersebut menerusi laman Instagram. Aliff memuat naik foto dan kapsyen luahan tersebut menerusi laman Instagram pada Ahad. Sebelum ini, pagi Ahad beberapa keping foto memperlihatkan bahagian dadanya dicacah dengan nama bekas isteri, Bella tersebar di laman sosial sejak Sabtu. Turut menjadi tular beberapa keping foto dan video yang menampakkan bahagian belakang tubuhnya dipenuhi dengan lukisan tatu. Bagaimanapun, Aliff sudah menjelaskan lukisan tersebut hanya diukir menggunakan inai hitam. Menurut bekas isterinya, Bella Astillah, Aliff menjelaskan bahawa dia telah dianiaya oleh individu yang baru dikenalinya. Bella turut bersedih dengan kontroversi yang menimpa bekas suaminya, Aliff. Baru-baru ini, Aliff didakwa sebagai penyanyi yang dikaitkan dengan kes curi membabitkan seorang pelakon Indonesia , Raja Yunika Putri. Pada 17 Jun lalu, Yunika mendedahkan kejadian itu berlaku ketika dia dan artis yang didakwa itu bertemu di Clarke Quay, Singapura pada 7 Jun lalu. Aliff sebelum ini, memberi bayangan ingin kembali bersama bekas isterinya, Bella Astillah selepas mereka bercerai pada 15 Mei lalu. Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun. Pelakon itu sebelum ini pernah beberapa kali kantoi curang sehingga Bella akhirnya nekad meneruskan kehidupan bersama anak mereka tanpa Aliff.