PELAKON Siti Elizad memberitahu dia meletakkan harapan yang tinggi untuk dikurniakan cahaya mata pada tahun ini selepas beberapa kali menjalani rawatan untuk hamil. Elizad, 35, berkata doktor menyarankannya untuk mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) atau pemanian beradas (IUI). "Rawatan saya bermula daripada bawah, selama ini saya tak pernah cerita sebab sebenarnya saya mencuba setiap tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Bertiga dengan anak, bukan madu - Siti Elizad Elizad dan suami tidak pernah berhenti mencuba untuk mendapatkan zuriat. "Jadi sekarang doktor menyarankan saya mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan rawatan ke peringkat IUI atau IVF," kata Elizad kepada mStar. Elizad ditemui ketika majlis pelancaran program bual bicara Mingguan Wanita di Bens, The Gardens Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pada itu, pelakon drama Aku Yang Kau Tinggalkan itu mengakui dia ada kunjungi pusat kecantikan untuk melakukan rawatan wajah. Bagaimanapun, dia terpaksa berhenti melakukan rawatan kecantikan kerana bimbang menganggu proses untuk mendapatkan zuriat. Elizad terpaksa berhenti melakukan rawatan kecantikan wajah. "Tipulah kalau saya kata tak pergi tempat kecantikan. Setakat cucuk-cucuk (rawatan wajah) saya buat tetapi bukan berlebih-lebih. "Tapi sekarang ni saya tinggalkan rawatan itu sebab nak dapatkan anak. Doktor tak cadangkan untuk buat apa-apa takut mengganggu. "Lagipun sebelum ini saya ada cyst dan baru saja menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang empat kilogram cyst dalam badan. "Sebabkan itu, saya tak digalakkan mengambil suntikan atau makan produk kecantikan sebab dia akan ikut membesar," ujarnya. Pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.