suria

“Attar dekat rumah, tak bawa bercuti sebab sekolah!” - Aeril berang dituduh lebihkan anak perempuan, tak sayang anak sulung

Aeril terima banyak mesej mengatakan dia seakan lebih sayang anak perempuan berbanding anak lelakinya.

PELAKON Aeril Zafrel menjelaskan tindakannya kurang memuat naik foto bersama anak lelaki Ahmad Fakhruddin Attar adalah disebabkan kanak-kanak itu sibuk dengan jadual persekolahan.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 31, berkata, waktu persekolahan pagi dan petang membuatkan Attar, 6, jarang mengikut mereka pergi bercuti.

"Attar ada saja ni kat rumah. Kami tak muat naik gambar dia bukan sebab dah tak sayang dia tapi sebab kami tak bawa dia bercuti kerana dia sekolah pagi dan petang.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun kahwin belum pernah gaduh besar - Aeril Zafrel dan Wawa Zainal


Aeril terpaksa memuat naik foto anaknya yang kini berada di rumah.

"Sebab dia ada sekolah pagi dengan petang. Asyik-asyik DM cakap dah tak sayang anak lelaki la. Dah di anak tirikan la.

"Muat naik ni sebab sebab dah banyak kali orang DM tanya soalan yang sama," kata Aeril yang turut memuat naik foto anaknya yang kini berada di rumah.

Aeril membuat penjelasan itu berikutan rimas dengan pertanyaan netizen yang menuduh dia dan isterinya pelakon Wawa Zainal tidak menyayangi anak sulungnya itu.

Pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu kini sedang bercuti di Ho Chi Minh, Vietnam bersama isterinya Wawa Zainal dan anak perempuan mereka Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang kini berusia empat tahun.

Dalam pada itu, Aeril turut berang apabila terdapat netizen yang mempertikaikan kasih sayang yang diberikan antara Hayla dan Attar.

Aeril bersama isteri dan anak-anaknya.

Kata Aeril, dia meminta individu tersebut untuk periksa semula Instagramnya sebelum meninggalkan komen tersebut.

 Aeril juga mengatakan dia bukan seperti pasangan selebriti yang mempunyai laman sosial untuk anak-anak.

"Kau periksa balik. Bila aku tak muat naik? Nanti ada adik baru. Hayla dengan Attar dah sibuk sekolah.

"Mereka pun kami jarang muat naik. Kami bukan macam orang lain, ada Instagram untuk anak-anak," ujarnya.

 Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Attar, 6, dan Hayla, 4.

 Wawa kini hamil tiga bulan anak ketiga mereka.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal

Artikel Lain