suria

Wanita jangan harap lelaki untuk tanggung hidup, bina kerjaya sendiri - Sharifah Amani

Sharifah Amani agak selektif dalam memilih teman lelaki.

PELAKON Sharifah Amani berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebagai pasangan hidup terutama apabila usia sudah menjangkau 33 tahun.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya berkata, dia belum menemui lelaki yang sesuai dan selesa dijadikan teman istimewa.

"Saya bukan tak mahu bercinta tetapi saya belum jumpa seseorang yang istimewa.

"Saya mencari seseorang yang memiliki sense of humour, kena tahu dan mencintai seni, menghormati kedua ibu bapa saya dan paling penting dia kena bijak untuk 'masuk' dengan keluarga dan kawan-kawan saya.

"Ikatan kekeluargaan adalah sesuatu yang amat berharga dan kamu takkan boleh senang-senang masuk. Ibu bapa saya membesarkan saya bagai menatang minyak yang penuh, takkan saya dengan mudah nak beri diskaun?" katanya kepada mStar.


Sharifah Amani sangat mengutamakan keluarga.

Dalam pada itu, aktres filem Gubra ini berkata seseorang wanita juga tidak harus bergantung kepada perkahwinan semata-mata untuk meneruskan kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tiada akaun palsu untuk kutuk orang” - Sharifah Amani lantang bersuara kerana jadi diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Tanya Mana Hilang Sharifah Amani?

Wanita seharusnya berfikir tentang berdikari dan memiliki kerjaya sendiri daripada mengharapkan lelaki untuk 'menanggung' kehidupan mereka.

"Biasalah... soalan fasal jodoh agak merengsakan tapi saya sangat gembira apabila mak cik-mak cik zaman sekarang lebih berpelajaran!

"Apa yang saya boleh katakan sejujurnya saya tak rasa seseorang wanita harus berkiblatkan soal perkahwinan semata-mata di fikiran mereka. Ia bukan soal kita perlukan seseorang itu semata-mata untuk tanggung kita.

"Kerjaya takkan pernah membuatkan anda gagal menjadi seorang wanita. Apabila anda ada kerjaya, duit dan rumah anda sendiri, harta sendiri, tiada siapa boleh ambil ia dari anda. Bila tiba masanya untuk anda jatuh cinta, anda akan jatuh cinta," katanya.

Sharifah Amani, teman lelaki

Artikel Lain