PUSAT kecantikan milik pelakon Azwan Kombos dan isterinya Ezzaty Abdullah dipecah masuk oleh penjenayah pada pagi Jumaat. Bagaimanapun, Azwan berkata, dia bernasib baik apabila tidak mengalami kerugian dalam bentuk wang ringgit berikutan penjenayah tersebut gagal membuka pintu besi utama pusat kecantikan itu. "Pagi tadi terima panggilan dari staf Harum Spa kata pintu grill kat spa kena pecah dan tak boleh masuk. ARTIKEL BERKAITAN: “Buat penat shooting 17 jam, ini jer hasilnya!” - Azwan Kombos "Kami pun bergegas la pegi tengok, dalam fikiran tengah fikir berapa banyak la kerugian ni, apa la barang yang kena curi, risau je, sebab kita baru je mula bisnes, kenapalah benda mcm ni boleh jadi pula," katanya. Perkongsian Azwan Kombos di Instagram. Azwan berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram pada Jumaat. Dia turut memuat naik fotonya bersama satu laporan polis berkaitan insiden yang berlaku di Shah Alam, Selangor itu. Azwan bersyukur kejadian malang itu hanya melibatkan pada bahagian pintu utama sahaja. Azwan bersama isterinya, Ezzaty Abdullah dan anak mereka, Harum Dalia. "Sampai je kat spa, polis tolong bukak kan pintu, rupanya pencuri tu berjaya kopak (patah) pintu grill tu, tapi tak dapat buka pun, syukur. "Cuma kena repair kunci yang rosak tu je la. Tapi kesian kedai yang lain pula pencuri tu pecah masuk. Harap benda macam ni tak jadi lagi la," ujarnya.