CORETAN Izzue Islam sempena hari lahir isterinya Awin Nurin menyentuh hati peminat penyanyi itu. Izzue atau nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, memohon maaf kepada Awin atas segala kekurangan sepanjang enam tahun perkahwinan mereka termasuk masih belum dikurniakan zuriat. "Minta maaf isteriku, rasanya masih banyak kekurangan saya sepanjang jadi suami awak. Belum lagi dapat bagi awak baby idaman setiap pasangan bergelar suami dan isteri. ARTIKEL BERKAITAN: “Terlalu banyak dugaan kita tempuh untuk menikmati saat indah” - Ucapan istimewa Izzue Islam buat isteri "Bercuti berdua rehatkan diri rasanya sekali pun tak pernah sepanjang kita kahwin. "Kadang-kadang selalu juga terlepas cakap sampai buat awak tersinggung. Tak cukup tu, saya pernah jugak buat awak terasa sampai menangis," katanya. Ucapan istimewa Izzue untuk isteri. Penyanyi lagu Bimbang ini memuat naik luahan hati itu bersempena ulangtahun kelahiran isterinya yang ke-35 menerusi Instagram pada Jumaat. Pelakon drama 30 Pesanan Suara itu mendirikan rumah tangga dengan Awin atau Nurinafilah Waharudin pada 2 Jun 2013 namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Dalam pada itu, Izzue turut mengucapkan terima kasih kepada Awin kerana menerimanya seadanya dan tidak pernah mengeluh meskipun terpaksa berada di sisinya saat susah dan senang. "Terima kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan saya. Tak pernah pun mengeluh walau tak cukup rehat atau tidur. Tak pernah bosan jadi pemandu saya walaupun saya kat sebelah dah berdengkur! "Masa saya susah awak ada malah awak yang senangkan dan tenangkan saya dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. You are the best isteriku! Selamat Hari Lahir," ujarnya.