NIAT murni penyanyi As'ad Motawh menasihati seorang sahabatnya bertukar menjadi perbalahan apabila wanita tersebut memuat naik paparan skrin mesej peribadi (DM) yang dihantar di laman sosial. Menurut As'ad, 18, dia terkejut apabila instafamous berasal dari Vietnam dikenali sebagai Jadey Anh memuat naik perbualan DM mereka di Instagram sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat. "Saya terkejut apabila Jadey post perbualan kami di Instagram, tiba-tiba ramai orang tag saya. Kami dah lama berkawan hampir dua tahun dan selalu berjumpa di Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat wanita menerpa peluk As'ad Motawh "Dia selalu menulis luahan di Insta Story sering menjadi mangsa lelaki gatal, sebagai kawan saya hanya bagi pandangan supaya dia menjaga batas pemakaian jika tak mahu menerima mesej sedemikian. Luahan Jadey di Instagram menarik perhatian Asad untuk memberikan nasihat dan pandangan. "Dia tak sepatutnya kongsi perbualan itu di media sosial kerana kami kenal antara satu sama lain dan dia boleh sahaja mesej saya secara peribadi," katanya kepada mStar. Sebelum itu menerusi Insta Story, Jadey memuat naik luahan marah terhadap lelaki Malaysia dan Indonesia yang dikatakan sering menghantar mesej lucah kerana fotonya menampakkan lurah dada. Luahan Jadey itu menarik perhatian seorang lelaki yang menegurnya supaya tidak lagi memuat naik foto sedemikian bagi menghalang dia terus menjadi mangsa lelaki miang. Jadey turut muat naik di Twitter sehingga menarik perhatian pengguna laman tersebut. Gara-gara teguran itu, Jadey berang dan tidak menyangka individu yang dianggap sebagai kawan mempunyai pemikiran cetek dengan menyalahkan cara pemakaian semata-mata. Bagaimanapun, instafamous belasan tahun ini tidak menunjukkan identiti dan nama lelaki tersebut, namun membahasakan individu itu sebagai bintang terkenal dari Malaysia. Netizen mula membuat andaian lelaki yang dimaksudkan itu adalah penyanyi lagu Senyum berikutan nama dan gambar profil pada paparan skrin itu tidak ditutup sepenuhnya. Asad akan adakan jelajah di Malaysia, Singapura dan Indonesia bermula November ini. Sementara itu, As'ad berkata dia terpanggil untuk menasihati Jadey kerana gadis tersebut menujukan perkara itu kepada lelaki Malaysia dan Indonesia. "Dia selalu sangat tulis luahan kononnya diganggu lelaki miang dan kaitkan dengan orang Malaysia dan Indonesia, sebab itu saya terpanggil beri nasihat. "Terpulang kepada dia nak terima atau tak! Dia pun dah sekat saya daripada Instagram dan saya pun tak boleh nak buat apa. "Mungkin hanya salah faham dan saya tak mahu memperbesarkan lagi isu ini," katanya yang bersedia memaafkan gadis tersebut.