HUBUNGAN dingin antara pelakon Nabila Huda dengan bapanya, Amy Search dan ibu tiri Nourish Hassan berjaya dipulihkan apabila pelakon itu datang beraya ke rumah penyanyi rock itu di Denai Alam, pada malam Khamis lalu. Menerusi sebuah video, pengarah Erma Fatima juga bertindak menjadi orang tengah Nabila dan suaminya Mohd Izwan Johar berbaik semula dengan bapanya. Nabila yang memanggil Erma sebagai mama juga mengucapkan terima kasih kepada pengarah itu kerana memenuhi hajat untuk bertemu dengan bapanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Sebab tu aku cakap dia ni punca!”- Nabila Huda bengang ibu tiri sindir konon Amy Search tak ajar sambut Hari Bapa Amy turut kelihatan menerusi video yang dimuat naik. "Love you mama! Terima kasih sebab akhirnya hajat tercapai... Kira kan you hebat tau. Hanya dengan satu panggilan, I terus muncul. "Saya sangat gembira sekarang!" tulisnya menerusi ruang komen di video yang dimuat naik Erma. Sebelum ini pada 17 Jun lalu, Nabila meluahkan perasaan marah apabila menganggap ibu tirinya menjadi punca hubungan dia dan Amy bermasalah. Dalam pada itu, pelakon Datin Seri Umie Aida turut memuji kakaknya, Erma, seorang yang baik hati dan apa yang dilakukan itu merupakan usaha murni untuk menyatukan semula hubungan anak-beranak itu. Manakala, video tersebut juga dimuat naik kembali Nabila dengan menulis kapsyen meluahkan rasa syukur dengan pertemuan tersebut. Hubungan Nabila dengan bapa dan ibu tirinya sebelum ini dingin. "Alhamdulillah... Hidup Saya dah sempurna sekarang," katanya. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur melihat hubungan silaturrahim yang kembali bersambung itu. Untuk rekod, Amy dan Nourish berkahwin pada 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9. Amy turut mempunyai dua orang anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama dengan Faridah Fadzil dan Irish Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.