suria

“Serabut! Ni semua angkara mulut isteri aku” - Suami Nadya Syahera nafi curang, tak balik sebulan kerana sibuk berniaga

Fizul menafikan dakwaan dia berlaku curang terhadap isterinya, Nadya Syahera.

PENDEDAHAN pelakon Nadya Syahera bahawa suaminya yang juga seorang usahawan berlaku curang terhadapnya menjadi perbualan di media sosial.

Fizul menerusi Instagramnya kesal dengan tindakan isterinya yang dianggap menjatuhkan maruah dia dan keluarga.

"Dan kami tak bergaduh pun. Tapi bila dah viral jujur aku jadi serabut. Ni angkara mulut isteri aku. Hingga melibatkan keluarga memang aku jadi tak tentu arah.

"Memang serabut. Doa baik-baik. Saya sayang keluarga terutama anak-anak," katanya.

Fizul akui tidak pulang ke rumah selama sebulan disebabkan sibuk berniaga.

Menerusi laporan sebuah portal, Nadya mendakwa suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pengasas kosmetik yang berasal dari negeri Kelantan.

Dalam pada itu, Fizul menjelaskan dia tidak pulang ke rumah selama sebulan sepanjang Ramadan kerana sibuk menguruskan perniagaan di tiga buah negeri.

"Okey isu sebulan aku tak balik rumah memang betul tapi korang kena tahu yang masa bulan puasa aku berniaga di tiga negeri Selangor, Kelantan dan Terengganu.

"Memang tak sempat nak balik sebab terlalu sibuk. Siang berniaga di bazar Ramadan, malam berniaga pula di Starvilion Gong Badak memang tak sempat nak balik.

Fizul sayang keluarga terutama dua orang anaknya.

"Siap-siap kemas pun pukul 4 pagi malam raya. Yang tak tahu cerita lebih baik diam. Itu sahaja," katanya.

Untuk rekod, perkahwinan Fizul dengan Nadya pada 25 September 2015 adalah kali kedua buat usahawan itu.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

Fizul Nawi, Nadya Syahera

Artikel Lain