suria

Tiada adab! Nabil Mahir dikutuk cari publisiti murahan “Tak kisahlah, lain kali aku buat lagi”

Netizen anggap perbuatan Nabil makan nasi dengan durian secara gelojoh tidak menghormati rezeki.

VIDEO pengacara Nabil Mahir sedang makan nasi berlaukkan buah durian secara gelojoh yang dimuat naik di Instagramnya mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen menganggap perbuatannya sebagai tidak beradab dan tidak menghormati rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Mahir dah beli cincin, tak sempat lamar Sarah Hildebrand

Nabil, 31, bagaimanapun memberitahu dia enggan mengambil serius dengan kritikan dan cacian yang dilemparkan terhadapnya.

Nabil tidak kisah dikritik dan dicaci.

Malah, Nabil menerusi laman Instagramnya memberitahu akan mengulangi perbuatan tersebut.

"Ada yang nasihat, ada yang perli, ada yang terus kutuk dan maki. Tak kisahlah yang mana kamu beri, saya tetap ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

"Maaf zahir dan batin lagi sekali... Lain kali aku buat lagi," kata Nabil yang gemar memuat naik gambar dan video makanan di laman sosialnya.

Video tersebut turut menjadi perbualan hangat netizen di Twitter dan ada segelintir netizen menganggap dia sengaja mencari publisiti murahan.

Nabil Mahir

Artikel Lain