suria

Suami berdebar, kandungan Abby Abadi ada masalah sedikit... “Tapi Alhamdulillah semua okey”

Abby kini sedang hamil anak pertama dengan Jaiezzanny.

TEKA-TEKI mengenai pelakon Abby Abadi sedang berbadan dua akhirnya terjawab apabila suaminya berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram.

Bagaimanapun Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jaiezzanny, 45, berkata kandungan isterinya mengalami sedikit masalah namun bersyukur semuanya kini dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Abby Abadi teringin anak sendiri, Norman Hakim kata... “Alhamdulillah bertambah ahli keluarga saya”

Menurutnya lagi, Abby perlu banyak berehat selain mengambil ubat mengikut jadual sepanjang kehamilan itu.

Jaie berkongsi foto Abby sedang melakukan imbasan.

"Hari cuti bawa my love @abby_abadi112 ke klinik. Pagi tadi (Khamis) ada masalah sikit. Berdebar juga tapi Alhamdulillah semua okey.

"Makan ubat kena ikut aturan... Banyakkan rehat ya. Terima kasih doktor sebab berikan layanan yang baik tadi," katanya.

Berita gembira itu turut diraikan netizen yang mendoakan agar kandungan Abby sihat sepanjang proses kehamilan itu.

Pelakon drama Gerak Khas berkenaan sebelum ini memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil selepas membuat imbasan di sebuah klinik pada 15 Jun lalu,

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, bagaimanapun berkata dia belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana masih terlalu awal.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, bekas suaminya yang juga pelakon Norman Hakim mendedahkan Jaiezzanny sentiasa meletakkan harapan untuk dikurniakan zuriat bersama aktres itu.

Abby dan Faizal mempunyai dua orang anak angkat yang dijaga sejak tahun lalu.

Pada 2017, Abby pernah mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Jaiezzanny pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia yang dijaga sejak tahun lalu.

Sebelum ini Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim pada 8 Januari 2002 namun bercerai pada 18 Disember 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Abby Abadi

Artikel Lain