suria

Fizi Ali dihasut jangan kawan orang Kelantan, Issey ubah persepsi... “Semua negeri ada baik dan buruk”

Issey berjaya mengubah pandangan Fizi terhadap masyarakat Kelantan.

PENYAMPAI Suria FM, Fizi Ali mendedahkan dia pernah dihasut supaya mengelakkan diri daripada bersahabat dengan orang berasal dari Kelantan.

Gara-gara persepsi buruk itu, Fizi, 30, berkata dia menjadi skeptikal untuk berkawan rapat dengan kawan-kawan dari negeri pantai timur itu.

"Orang Kelantan mesti ada je orang yang pandang serong. Jangan kawan dengan Kelantan nanti makan diri. Kelantan waktu jumpa sesama geng akan lupa kau.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali dituduh berlagak gara-gara hadiah buat isteri

"Dulu memang bila jumpa orang Kelantan abam (abang) jauhkan diri kerana termakan kata orang-orang yang selalu burukkan Kelantan," katanya.

Fizi menulis ucapan istimewa untuk sahabat baiknya dari Kelantan, Issey.

Suami kepada pelakon Shakila Khoriri ini berkongsi mengenai perkara itu di Instagram pada Rabu.

Fizi bagaimanapun berkata persepsi buruk itu berubah apabila dia mengenali teman sekerjanya yang juga pelawak Issey.

Ujarnya, Issey berjaya mengubah pandangannya terhadap orang Kelantan.

"Tapi bila kenal orang bernama Issey ini baru abam sedar jangan pandang luaran tapi pandang hati budi.

Penyampai pagi Suria Fizi, Izzue dan Issey.

"Semua negeri ada yang baik dan tidak... jangan sebab dia Kelantan korang pulaukan dia.

"By the way, hari ini birthday Issey... terima kasih banyak ubah fikiran tentang orang Kelantan dan terima kasih untuk jadi sahabat yang baik... kita orang doakan terbaik untuk kau," ujarnya.

Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada Rabu lalu.

Fizi Ali, Issey

Artikel Lain