suria

Fizo sedia naik mahkamah... “Apa jua yang terjadi Mawar tetap ibu kepada anak kami”

Fizo akui rumah tangganya berdepan ujian.

SELEPAS beberapa hari gosip mengenai rumah tangga Fizo Omar hangat diperkatakan umum, pelakon itu akhirnya tampil menjelaskan mengenai keadaan tersebut.

Mengakui rumah tangganya berhadapan masalah, Fizo berkata dia dan isteri, Mawar Abdul Karim akan terus mengekalkan hubungan baik demi anak mereka yang baru berusia dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seandainya perpisahan terbaik buat kami, saya reda” - Fizo Omar ulas isu rumah tangga bergoncang

"Apa-apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima. Saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak.

"Walau apa yang berlaku sekalipun, InsyaAllah hubungan saya dan mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam, zuriat daripada Allah yang kami nantikan selama empat tahun.

Fizo memohon ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan Mawar.

"Apa jua yang terjadi Mawar tetap ibu kepada anak kami," katanya.

Fizo menjelaskan situasi rumah tangganya itu di Instagram pada Khamis.

Fizo sebelum ini mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Selain itu kata Fizo, 34, setiap pasangan yang berkahwin menyimpan impian untuk menjalani kehidupan bahagia buat selama-lamanya.

"Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.

Hubungan Fizo dan Mawar akan terus baik demi anak mereka.

"Tapi apabila sampai waktunya, kita dipilih oleh Allah untuk diuji. Ia bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percayalah Allah tidak pernah zalim kepada hamba-NYA," katanya.

Mawar, 30, sebelum ini memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang berusia dua tahun.

Fizo Omar, Mawar Abdul Karim

Artikel Lain