suria

“Suami tak halang cuma tawaran kurang sesuai dengan masa” - Tya Arifin rindu bidang lakonan

Tya perlu berbincang dengan suaminya sebelum menerima sebarang tawaran.

PELAKON Indonesia yang juga isteri kepada Asyraf Khalid iaitu Tya Arifin memberitahu dia masih terbuka untuk menerima tawaran berlakon atau muncul dalam mana-mana program televisyen selepas melahirkan anak kedua pada Mei lalu.

Tya, 25, berkata dia bagaimanapun akan menerima tawaran tersebut mengikut kesesuaian masa dan mendapat keizinan suami terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Arif Jiwa dah jadi abang! Tya Ariffin selamat lahir bayi perempuan

"Saya rindu nak berlakon, cuma sekarang baru habis proses berpantang dan sibuk menguruskan perniagaan jual jamu.

"Tapi saya masih terbuka untuk terima tawaran berlakon dan kembali muncul di program televisyen seperti sebelum ini.

Tya akui rindu mahu berlakon.

"Suami pun tak halang tapi saya kena tengok tawaran itu sesuai atau tidak dengan masa memandangkan saya kini ibu kepada dua orang anak," katanya kepada mStar.

Tya ditemui ketika majlis perasmian produk Kilafit by Kilafairy di Forest Valley Hall, Cheras pada Khamis.

Pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin ini melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Azzahra Jiwa Asyraf pada 9 Mei lalu.

Dalam pada itu, Tya yang empat tahun mendirikan rumah tangga turut berkongsi rahsia kebahagian yang dibina bersama suami .

Menurut Tya, komunikasi antara pasangan merupakan kunci utama dalam hubungan rumah tangga dia dengan Asyraf.

Komunikasi antara satu sama merupakan kunci kebahagian rumah tangga Tya dan Asyraf.

"Kena sentiasa positif dan bersangka baik terhadap pasangan kita. Kalau ada masalah itu perkara biasa tapi perlu cari jalan penyelesaian.

"Bukan dengan cara bergaduh. Kalau bergaduh pun, jangan sampai berhari-hari. Ada masalah, kena terus cakap baik-baik dan jangan simpan.

"Saya dah Asyraf sejak bercinta lagi sentiasa berkomunikasi dengan cara baik kalau ada apa-apa masalah," ujarnya.

Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan mereka menimang cahaya mata pertama, Arif Jiwa Asyraf pada 31 Mac 2017.

Tya Arifin, Asyraf Khalid

Artikel Lain