PENYANYI Ernie Zakri bengang tindakan peniaga yang sanggup menggunakan haiwan sebagai ujian untuk produk kecantikan mereka. Ernie berkata, jika produk tersebut dicipta untuk kegunaan kulit manusia, ia sama sekali tidak sesuai dipakai pada kulit haiwan. "Ini sesuatu yang salah, Ya Allah... nak jual foundation awak patut letak di kulit manusia bukan binatang. "Kalau nak tunjuk benda tu boleh lindungi cela, tunjuklah model yang ada parut kat muka ke apa ke! Arghh...," katanya. Ernie mengulang kicau video yang dimuat naik satu akaun Twitter. Menerusi laman Twitter, penyanyi lagu Ku Bersuara ini mengulang kicau (retweet) rakaman video seorang penjual produk kecantikan menggunakan ular sebagai model atau alat ujikaji untuk krim asas keluaran mereka. Dalam video itu, wanita tersebut membuat perbandingan bahagian kulit ular yang sudah disapu dengan krim tersebut. Rakaman berdurasi selama 31 saat itu menerima pelbagai reaksi pengguna Twitter yang turut mengecam tindakan wanita tersebut yang dikatakan menyeksa haiwan berkenaan. "Apa kaitan letak foundation dekat kulit ular? Sama ke dengan kulit manusia?. Dah kenapa nak letak foundation dekat ular sian ular tu??♀️ pic.twitter.com/VV5WaEKkGS — Shaf (@shafieqashmsdn_) June 29, 2019 "Jom kita laporkan kepada pihak berwajib kerana ini menyeksa haiwan. "Bodohnya promote product... animal abuse! Kalau foundation dia bagi kesan kat ular tu macam mana? Kasihan ular tu," komen netizen. Sehingga kini, video yang dimuat naik akaun Twitter @shafieqashmsdn_ telah menerima lebih 7,000 retweet dan hampir 4,000 tanda suka.