suria

“Terima kasih doakan saya dan baby” - Izreen Azminda, Ude timang anak lelaki

Izreen Azminda selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu.

PELAKON Izreen Azminda selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 1.46 pagi, Sabtu lalu.

Isteri kepada pemuzik Ude Wahid berkongsi berita gembira itu menerusi sekeping foto di laman Instagram miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda Terima Cacian Suami Mahu Cerai Isteri Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda, 3 bulan alami pendarahan

Bayi lelaki berkenaan turut diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi.

"Syukur Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar dan baik skali.

"Terima kasih bagi semua yang mendoakan untuk saya dan baby.

Berita gembira itu turut dikongsi suami Izreen, Ude Wahid.

"Sabtu 29 Jun 2019, 1.46 pagi, Aaron Ibrahim Muhammad Radzi," tulisnya.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 34, bagaimanapun masih belum bersedia membuka ruangan komen di laman sosial itu.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, aktres ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini sudah berusia lima tahun.

Izreen kemudiannya berkahwin dengan Ude Wahid atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid, 31, pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Artikel Lain