suria

Amar Baharin dapat hadiah 'pregnancy test', Amyra Rosli hamil tiga minggu

Amar berkongsi berita gembira isterinya hamil tiga minggu.

PELAKON Amar Baharin mengumumkan isterinya iaitu Amyra Rosli kini sedang hamil anak kedua mereka.

Menerusi YouTube, Amar ada berkongsi rakaman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya ke-34 pada Isnin.

"Hari ini 1 Julai 2019 adalah hari yang penuh bermakna sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah pregnancy test yeah!," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sabar nak tambah baby…” - Amyra

Video tersebut turut memaparkan Amar memegang alat ujian kehamilan dengan tertulisnya kandungan berusia tiga minggu.

Amar berkongsi berita gembira di Instagram.

Sementara itu, menerusi Instagram pula, Amar mengucapkan syukur di atas kurniaan anugerah terindah itu.

"Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki ini," ujarnya.

Berita gembira itu turut disambut baik rakan artis dan peminat yang turut tidak sabar untuk melihat pasangan ini menimang cahaya mata kedua.

Pasangan bahagia ini bakal menimang cahaya mata kedua.

"Alhamdulillah... tahniah Amar dan Amyra. Anaqi dah nak jadi abang.

"Selamat hari jadi Amar dan rasa bangga sebab dah nak tambah ahli keluarga. Tahniah!

"Kegembiraan berganda! Selamat hari jadi dan tahniah bakal dapat baby baru tahun depan," komen pengikut.

Terdahulu, Amyra berkahwin dengan Amar pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Amar Baharin, Amyra Rosli

Artikel Lain