suria

Luqman Hafidz bimbang terpalit kontroversi foto lucah, yakin tak pernah buat perkara memalukan

Luqman akui berasa bimbang sekiranya terpalit dengan kontroversi. Foto: MVM Photography.

PELAKON Luqman Hafidz mengakui bimbang sekiranya terpalit dengan kontroversi foto dan video lucah mirip selebriti yang seakan menjadi trend masa kini.

Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 28, berkata dia bagaimanapun yakin dirinya bersih daripada melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

"Alhamdulillah, saya yakin saya bersih daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau benda yang pelik-pelik ni.

"Takut tu memang la tapi saya bersyukur juga sebab dikelilingi dalam kalangan orang yang baik-baik," katanya kepada mStar.

Luqman yakin dia tidak pernah melakukan perbuatan tidak bermoral.

Luqman ditemui ketika majlis rumah terbuka Mind Order yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada baru-baru ini.

Antaranya yang menjadi mangsa seperti Aiman Tino, Syafiq Kyle, Ammar Alfian, Idris Khan dan yang terbaharu Pencetus Ummah (PU) Rizz.

Dalam pada itu, pelakon drama Dia Yang Ku Cinta ini sentiasa berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukan.

Menurutnya, dia akan meminta nasihat daripada pihak pengurusannya sekiranya berhadapan dengan masalah.

Luqman lebih berhati-hati melakukan sesuatu.

"Saya berharap tidak akan terlibat dengan kontroversi yang tidak baik sepanjang dalam karier seni ini.

"Sebab benda macam ini susah nak halang. Tapi saya memang sentiasa berhati-hati dengan apa yang nak dilakukan.

"Bagi saya, biarlah saya kekalkan berada dalam kelompok yang kecil tapi boleh dipercayai. Kalau ada masalah pun, saya akan terus bertanya kepada pihak pengurusan," ujarnya.

Luqman Hafidz

Artikel Lain