suria

Rebah di KL Sentral, adik Jamal Abdillah meninggal dunia akibat sakit jantung

Jamal Abdillah bersama adiknya Tihami semasa mendapatkan rawatan di IJN.

ADIK kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Ahmad Tihami Ali atau lebih dikenali dengan nama panggilan Hamka meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 7.30 malam, Selasa.

Anak saudaranya yang juga anak kepada Jamal iaitu Osama Yamani berkata, Allahyarham mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan pemintasan jantung pada Jumaat lalu.

Sebelum itu, Allahyarham rebah di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dua hari sebelum Ramadan dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.

"Arwah meninggal kerana sakit jantung, dia baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung pada Jumaat lalu.

"Sebelum ini Uncle Hamka memang ada masalah jantung dan dua hari sebelum Ramadan dia jatuh pengsan di KL Sentral," katanya kepada mStar.

Osama (kanan) bersama bapanya Jamal Abdillah.

Ahmad Tihami, 48, merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik.

Arwah juga merupakan seorang pendakwah tabligh dan tidak pernah terbabit dengan sebarang aktiviti seni.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nazirah Abdul Rahim dan enam orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halaman di Kulim, Kedah pada pagi Rabu.

Jamal Abdillah, Osama Yamani

Artikel Lain