suria

“Sampai sekarang dia hilangkan diri” - Fauzi Nawawi buru wanita didakwa tipu duit Lisdawati, tak akan diam diri

Fauzi Nawawi dan isteri beri tempoh kepada wanita tersebut.

PELAKON Fauzi Nawawi memberitahu dia dan Lisdawati masih memberi peluang dan masa sehingga sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan kepada wanita yang didakwa menipu duit isterinya yang juga pelakon Lisdawati berjumlah ribuan ringgit.

Menurut Fauzi, 46, isterinya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya wanita tersebut tidak tampil menyelesaikan isu berkenaan.

"Buat masa sekarang kami masih beri dia peluang dan masa untuk dia tampil berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan nak malukan tapi tiada cara lain” - Lisdawati dedah jadi mangsa sindiket 'tender palsu'

"Tapi sampai sekarang, dia masih menghilangkan diri. Kami ada juga pergi rumah dia, tapi seperti tidak ada penghuni.

"Tapi kalau sehingga hari merdeka dia masih berdiam diri, kami terpaksa ambil tindakan undang-undang," kata Fauzi kepada mStar.

Lisdawati dakwa kehilangan ribuan ringgit selepas ditipu seorang wanita.

Fauzi ditemui ketika majlis pelancaran filem Coast Guard yang diadakan di The Rouge Club, Hotel Red Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi laporan mStar pada 21 Jun lalu, Lisdawati mendedahkan dia mengalami kerugian ribuan ringgit selepas menjadi mangsa tipu seorang wanita yang dikenali sejak dua tahun lalu.

Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 40, berkata dia bersetuju memberikan pinjaman kepada wanita berkenaan untuk dijadikan modal bagi sebuah projek.

Dia juga sebelum ini meminta bantuan orang ramai mengesan wanita dikenali sebagai Nurul Ashikin dipercayai berusia sekitar 30-an.

Lisdawati memuat naik foto wajah berserta kad pengenalan wanita berkenaan menerusi Instagram miliknya.

Fauzi Nawawi, Lisdawati

Artikel Lain