suria

“Hari itu nampak dah pakai tudung kak?” - Buka hijab selepas Ramadan, Fasha Sandha bertudung bukan kerana trend

Fasha memberitahu dia pasti akan bertudung satu hari nanti. Foto Instagram @fashasandha

TINDAKAN pelakon Fasha Sandha kembali kepada penampilan asal selepas mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadan lalu mengundang pertanyaan pengikutnya di laman Instagram.

Menjawab pertanyaan itu, Fasha, 35, berkata dia bertudung bukan kerana trend atau semata-mata memenuhi kehendak orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kisah apa orang nak kata, usia ini memang ada risiko untuk hamil” - Fasha anggap belum rezeki dikurniakan cahaya mata

Ujar isteri kepada aktor Aidil Aziz ini, dia pasti akan mengenakan hijab apabila sudah bersedia kerana Allah SWT dan bukannya atas paksaan mana-mana pihak.


Fasha menjawab komen seorang pengikut di Instagram.

"Berhijrah bukan hanya sekadar tutup rambut, sebaiknya cara pemakaian pun berhijrah.

"Saya akan buat kerana Allah Taala bukan kerana paksaan atau trend atau untuk memenuhi kemahuan followers.

"Saya pasti akan berhijab, terima kasih doakan yang baik untuk saya," katanya.

Fasha dan Aidil berkahwin pada 30 Mac lalu.

Pelakon drama Syurga Yang kedua ini menjawab pertanyaan seorang pengikut di Instagram pada Rabu.

"Hari tu nampak dah pakai tudung kak. Cantik betul akak pakai tudung, biarlah bawah ada ketat-ketat sikit pun. Saya suka akak belajar berhijrah, jangan marah ya kak," komen netizen.

Berhijrah bukan hanya sekadar tutup rambut, sebaiknya cara pemakaian pun berhijrah.

FASHA SANDHA

PELAKON

Sebelum itu, Fasha tampil mengenakan hijab di semua acara hiburan termasuk ketika keluar menjalankan aktiviti harian sepanjang bulan Ramadan lalu.

Penampilan Fasha itu menerima pujian peminat yang mengharapkan dia untuk terus kekal mengenakan tudung.

Fasha Sandha

Artikel Lain