suria

“Kalau ada, Alhamdulillah... kalau tiada pun bersyukur” - Anis Al-Idrus serah takdir soal zuriat

Anis tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk mendapatkan anak.

PELAKON dan pengacara Anis Al-Idrus memberitahu dia tidak mempunyai sebarang perancangan berkaitan rezeki zuriat, sebaliknya menyerahkan soal itu kepada Allah.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal, 31, berkata, dia dan suami Mohd Rafzan Nurhikmal percaya rezeki itu akan dikurniakan pada masa yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 Bulan Berkahwin, Anis Al-Idrus Belum Sempat Berbulan Madu

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Perjanjian Antara Anis Al-Idrus, suami

"Anak belum ada lagi... Setakat ini saya dan suami tidak merancang tentang anak.

"Semuanya kami serahkan kepada Allah. Kalau ada, Alhamdulillah... tetapi kalau tiada pun saya bersyukur.

"Mujur ahli keluarga lain tak pernah bertanya dan memberi tekanan kepada kami," katanya kepada mStar.


Anis dan Rafzan berkahwin pada 7 Julai 2017.

Dalam pada itu, Anis berkata, tiada perubahan besar dialaminya sepanjang dua tahun bergelar isteri.

Biarpun kehidupannya kini semakin sibuk namun dia masih mampu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

Walaupun sibuk, kami berjaya menyusun waktu supaya dapat meluangkan masa bersama.

ANIS AL-IDRUS

"Tiada apa-apa perubahan selepas berkahwin. Sama seperti isteri-isteri yang lain.

"Suami sibuk dengan kerja begitu juga saya tetapi kami saling memahami tugas masing-masing. Walaupun sibuk, kami berjaya menyusun waktu supaya dapat meluangkan masa bersama," katanya.

Anis dan Rafzan berkahwin pada 7 Julai 2017 dalam sebuah majlis sederhana.

Anis Al-Idrus, hamil

Artikel Lain