WANITA yang didakwa melarikan wang berjumlah ribuan ringgit milik pelakon Lisdawati akhirnya tampil 'menyerah diri' selepas perbuatannya itu didedahkan menerusi media sosial pada 21 Jun lalu. Bagaimanapun menurut Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin, 40, wanita yang dikenali sebagai Nurul Ashikin itu menghubunginya melalui orang tengah dan berjanji akan membayar semula wang yang dipinjam secara ansuran. ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai sekarang dia hilangkan diri” - Fauzi Nawawi buru wanita didakwa tipu duit Lisdawati, tak akan diam diri "Alhamdulillah semuanya sudah selesai, wanita tersebut menghubungi saya tapi melalui orang ketiga, katanya kawan dia. Lisdawati sudah memadam foto wanita tersebut di laman Instagramnya. "Dia sendiri tak ada, tapi kawan dia yang mesej beritahu dia akan membayar duit yang dipinjam secara ansuran bermula dengan RM200. "Saya pun faham mungkin dia mempunyai masalah peribadi yang menyebabkan dia tidak dapat hubungi saya sendiri," kata Lisdawati kepada mStar. Lisdawati sebelum ini meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita dikenali sebagai Nurul Ashikin dipercayai berusia sekitar 30-an. Menurut Lisdawati, dia mengalami kerugian ribuan ringgit selepas menjadi mangsa tipu wanita tersebut yang dikenali sejak dua tahun lalu. Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi berkata dia bersetuju memberikan pinjaman kepada wanita berkenaan untuk tujuan modal bagi sebuah projek. Lisda dan Fauzi akan lebih berhati-hati selepas ini. Lisdawati juga ada memuat naik foto wajah berserta kad pengenalan wanita berkenaan menerusi Instagram miliknya namun memadam posting tersebut. Dalam pada itu, Lisdawati memberitahu dia dan suaminya kini akan lebih berhati-hati sekiranya ingin memberikan pinjaman kepada orang lain. "Niat saya ingin membantu memandangkan wanita itu dalam keadaan yang susah tapi tak sangka boleh jadi sampai begini. "Mungkin selepas ini saya dan suami akan lebih berhati-hati... tapi tidak bermaksud sudah serik nak tolong orang. "Cuma kita tengok pada situasi orang itu dan macam mana pula keadaan saya ketika itu," ujarnya.