suria

Aiman Tino kurang aktif di Instagram... “Netizen tak habis-habis ungkit cerita lama”

Aiman memilih untuk mengurangkan muat naik di laman sosial. Foto Instagram @official_farahezel

SELEPAS terpalit kontroversi video lucah mirip dirinya awal tahun lalu, penyanyi Aiman Tino mengakui dia mengurangkan interaksi bersama pengikut di laman sosial.

Menurut Aiman, 21, dia berbuat demikian berikutan terlalu banyak komen negatif daripada netizen yang menimbulkan perasaan kurang selesa.

"Saya akui jarang muat naik apa-apa di laman sosial dan sedikit perlahan sejak beberapa bulan lepas, cuma selepas raya ini baru saya aktif semula dengan Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino murung, hilang semangat dan disindir rakan artis - Farah Hazel

"Sebenarnya ada sebab saya kurang post gambar atau video kerana saya rasa terlalu banyak komen-komen melampau dan negatif, itulah sebabnya saya pilih untuk diam dan cari masa sendiri.

Aiman bersama kakaknya, Fara Hezel.

"Netizen masih lagi nak terus bercakap dan ungkit-ungkit kisah lama, jadi saya kurangkan posting di Instagram dan fokus dengan famili," katanya kepada mStar.

Aiman ditemui semasa sambutan rumah terbuka hari raya Aiman Tino dan keluarga yang diadakan di Bandar Bukit Raja, Klang, baru-baru ini.

Pada Mac lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci itu dilanda kontroversi apabila sebuah video seorang individu didakwa miripnya sedang melakukan perlakuan lucah tersebar luas di media sosial.

Aiman bersama Fara dan bapa mereka, Yusri semasa sambutan ulang tahun kelahiran ke-21 pada 27 Jun lalu.

Tidak hanya terhenti di situ, sebuah lagi video separuh bogel memaparkan seorang lelaki mengenakan baju jalur kuning pula tersebar menyebabkan Aiman terpaksa membuat laporan polis terhadap individu yang menyebarkan video terbabit.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Fara Hezel ini turut menyedari popularitinya sebagai penyanyi dalam aliran BBNU semakin menurun berbanding rakan artis lain.

Enggan terlalu memikirkan tentang hal itu, Aiman berkata dia sudah bersedia untuk muncul dengan lagu baharu bagi menarik kembali sokongan peminat.

Aiman tak jemu-jemu melayan peminat.

"Bagi saya ini semua soal rezeki, setiap orang ada bahagian masing-masing dan saya sedar agak perlahan kebelakangan ini tapi tak apa kita akan cuba cari lagu lebih wow dan tarik semula pendengar.

"Saya tak mahu terlalu memikirkan tentang hal ini kerana takut depresi pula, saya cuma mampu buat yang terbaik dan cuba pikat semula hati peminat.

"Apa-apa pun industri ini adalah punca rezeki saya dan akan diteruskan, semuanya berbalik rezeki... andai kata rezeki saya bukan di sini, kita cuba bidang lain pula mungkin bisnes," ujarnya.

Aiman Tino

Artikel Lain