suria

“Terbayang-bayang arwah turun tangga” - Fadilah Mansor sakit rindukan A Rahman Hassan, nekad keluar rumah

Fadilah merindui arwah A Rahman Hassan.

DRAMATIS Datin Fadilah Mansor mengakui kesihatannya merosot selepas pemergian suaminya, penyanyi Allahyarham Datuk A Rahman Hassan pada 13 Jun lalu.

Fadilah, 59, berkata, dia terlalu tertekan kerana sering memikirkan tentang Allahyarham sehingga menerima serangan jantung pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: A Rahman Hassan meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital JB kecoh, wanita bunuh diri kerana A Rahman Hassan

ARTIKEL BERKAITAN: Fadilah Mansor Tidak Kekok Bergelar Isteri A Rahman Hassan

"Setahu saya tidak pernah ada penyakit jantung.

"Tak tahu macam mana... mungkin saya terlampau stress, tiba-tiba sahaja rasa sakit dan pedih di bahagian dada, sesak nafas dan tak boleh nak bercakap.

"Mujur ketika itu saya sedang berkumpul bersama anak-anak di rumah. Saya terus minta bantuan anak-anak untuk hantar ke hospital," katanya kepada mStar.


Fadilah masih merindui arwah suami.

Fadilah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada Isnin lalu selepas mengadu sakit di bahagian dada dan tidak boleh bercakap.

Bagaimanapun, Fadilah berkata, keadaannya semakin stabil dan perlu menjalani beberapa rawatan susulan bagi mengetahui punca sebenar masalah kesihatannya itu.

"Selepas ini saya perlu melakukan beberapa rawatan susulan setiap hari Rabu termasuk indeogram.

"Kalau ikutkan tekanan nadi saya masih rendah. Tengok esok macam mana. Kalau semakin baik saya dibenarkan pulang," katanya.

Kalau saya masih tinggal di situ, saya tidak boleh buat apa-apa kerana terlalu banyak memikirkan arwah.

FADILAH MANSOR

PELAKON

Dalam pada itu, Fadilah turut memberitahu akan meneruskan hasratnya untuk berpindah keluar dari rumah arwah suaminya.

"Saya kena juga keluar dari rumah itu. Saya sudah tidak boleh duduk di sana.

"Kalau saya masih tinggal di situ, saya tidak boleh buat apa-apa kerana terlalu banyak memikirkan arwah.

"Saya sering terbayang-bayang arwah turun tangga dan bercakap dengan saya," katanya.

Datuk A Rahman meninggal dunia pada 13 Jun lalu.

Ketika ditanya lanjut berkaitan keputusannya itu, Fadilah menjelaskan dia mahu hidup bersendirian.

"Saya mahu keluar, cari mana-mana rumah dan tinggal di sana. Saya mahu duduk sendiri. Rumah arwah tu saya nak serahkan kepada anak-anaknya untuk mereka uruskan.

"Semuanya barang-barang arwah, jadi terpulang pada mereka nak buat apa," katanya.

Fadilah mendirikan rumah tangga bersama A Rahman pada 25 Disember 2014 sebelum penyanyi era pop yeh yeh itu menghembuskan nafas terakhir pada 13 Jun lalu.

Artikel Lain