BEKAS isteri pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh meluahkan perasaan sedih dan marah apabila terdapat segelintir individu yang memandang serong terhadap statusnya sebagai seorang janda. Intan menegaskan, gelaran atau status janda dan ibu tunggal bukan sesuatu yang dimahukan dalam kehidupan seorang wanita. ARTIKEL BERKAITAN: Gembira tengok Farah Lee dan Ally tapi Intan Liana belum maafkan Ude! “Kes orang ketiga susah sikit” "Betul la orang cakap pegang status J (janda) ini bukan mudah, orang pandang lain tapi bukan kita yang nak pun," ujarnya di Instagram. Intan luah perasaan di laman sosial. Sebelum itu, Intan turut memuat naik paparan skrin mesej berbaur lucah yang diterima daripada seorang netizen. Malah, netizen yang dipercayai seorang lelaki itu juga memberi mesej mengkritik dirinya sebagai tidak pandai menghargai suami serta suka meroyan. "Lelaki nak buat jahat tak kira kita jaga ke, kita cantik ke, jika dia nak buat dia akan buat juga. "DM (mesej peribadi) sebelum ini bukan main lagi cakap macam tu" ujarnya. Intan pernah berkahwin dengan Ude pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan Ude dan Intan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun. Rumah tangga pasangan ini mula berantakkan apabila Ude mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2018 secara tertutup.