suria

Siti Sarah minta netizen sekat IG jika meluat “Jangan biarkan diri sendiri terseksa tengok orang lain”

Bagi Sarah, netizen berhak untuk komen namun mereka juga mempunyai pilihan untuk melihat atau tidak.

PENYANYI Siti Sarah meminta pengikut yang tidak suka setiap perkongsiannya di laman sosial agar berhenti mengikuti atau menyekat akaun tersebut.

Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 35, berkata, dia tidak pernah memaksa netizen untuk melihat foto dan video yang dimuat naik itu.

"Apabila orang ada IG memang berhak untuk komen tapi saya sarankan kalau dah sampai sakit hati tengok, lebih baik berhenti mengikuti akaun laman sosial saya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jujur dikata dayus, yang menipu pula berani” - Siti Sarah pelik suami dituduh dayus kerana minta izin beli motor

"Sebab ia toksik untuk awak. Apa yang saya buat, saya gembira dan kalau saya gembira, buat awak tak suka, baik sekat sahaja IG saya.

Sarah sentiasa menyokong minat suaminya.

"Jangan biarkan diri sendiri terseksa tengok orang lain. Sebab anda semua ada pilihan untuk menentukan untuk lihat atau tidak," katanya kepada mStar.

Baru-baru ini, ramai netizen terhibur melihat aksi Sarah membuat kejutan terhadap suaminya apabila dia menghias motosikal yang baharu dibeli Shuib itu.

Saya dan Shuib tahu batas yang mana boleh dan yang mana tidak boleh. Setiap pasangan, lain cara mereka menjalani kehidupan.

SITI SARAH RAISUDDIN

PENYANYI

Bagaimanapun, aksi pasangan itu mula dikritik dan dianggap berlebih-lebihan sehingga membuatkan pengikut laman sosial mula meluat dengan lakonan mereka.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semakin ini memberitahu dia dan suaminya tidak terlalu terbuka berkongsi perihal rumah tangga dan kehidupan peribadinya di laman sosial.

"Ada benda yang boleh dan tak boleh kongsi kepada umum. Sebab zaman sekarang ni, orang yang menentukan hubungan pasangan tu patutnya macam mana.

Sarah tahu had yang dia boleh kongsi di umum.

"Ada perkara yang boleh kita kongsi dan ada yang tidak perlu. Apa yang saya kongsi itu hanya sikit sahaja mengenai kehidupan kami sekeluarga.

"Saya dan Shuib tahu batas yang mana boleh dan yang mana tidak boleh. Setiap pasangan, lain cara mereka menjalani kehidupan," ujarnya.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Siti Sarah, Shuib

Artikel Lain